Jumaat, 23 November 2012

Roti Jala Dan Serawa Durian


Roti Jala

Bahan-bahannya:
1 biji telur 
2 cawan tepung gandum 
3 cawan air garam secukup rasa 
1 sudu minyak masak-optional 
pewarna 

Cara-cara membuatnya: 

Blend semua bahan dalam mixer/blender. Tuangkan ke dalam mangkuk. Perap 10 minit sebelum digunakan. Masukkan ke dalam acuan roti jala dan canaikan di atas non-stick pan. Gunakan api perlahan. Biarkan roti jala masak dalam 1 minit. Angkat dan bentangkan di atas pinggan dan guling/lipat.



Serawa Durian/Pengat durian

Bahan-bahannya:
2 cawan durian
2½ cawan air
80ml santan kotak
½ cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
2 sudu sagu biji-direndam terlebih dahulu

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan durian. Didihkan di atas api hingga durian lembut.
  2. Masukkan daun pandan, santan, gula merah, gula pasir, sagu biji dan garam. Masakkan dengan api perlahan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah minyak. (Rasakan. Kalau kurang manis, bolehlah tambahkan gula pasir ke dalamnya).
  3. Apabila telah mendidih, tutup api. Kacaukan  lagi dalam seminit. Siap.

Isnin, 5 November 2012

Bendi Masak Asam Pedas Tomyam


Bendi Masak Asam Pedas Tomyam

Bahan-bahannya(ditumbuk halus):

5 ulas bawang merah
1 inci halia
sedikit belacan

Bahan-bahan lain:

1 sudu teh halba campur
1 sudu cili giling
1 sudu pes tomyam
sedikit air asam jawa
2 1/4 cawan air
2 sudu gula merah
1 sudu teh serbuk kunyit
10-12 batang kacang bendi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk bersama halba campur hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling, pes tomyam dan serbuk kunyit. Kacau sebati. Tumis lagi hingga naik minyak. *Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan gula merah. Gaul rata. Kemudian masukkan air dan air asam jawa. Gaul sebati. 
  4. Masukkan bendi dan garam. Masak hingga mendidih dan bendi masak sepenuhnya. Tutup api. Hidangkan.


Sabtu, 3 November 2012

Nasi Tumis Pelangi


Nasi Tumis Pelangi

Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan beras basmathi-direndam sekurang-kurangnya 30 minit, kemudian cuci dan toskan
3 1/4 cawan air
1/2 labu bawang besar-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dikisar halus
1 inci halia-dikisar halus
1 sudu susu pekat
1 sudu perahan jus lemon
4 sekawan-1 batang kulit kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Pewarna
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis bawang besar, bahan kisar dan 4 sekawan sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan beras dan tumis sehingga semua bahan sebati dengan beras.
  3. Masukkan air, susu pekat perahan jus lemon dan garam. Tanaklah nasi seperti biasa hingga masak.
  4. Tutupkan api. Renjiskan pewarna pada nasi dan gembur-gemurkan nasi. Siap.