Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang-potong pendek
1 cawan jagung muda/putik jagung
2 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis-direndam seketika
5-6 biji cili padi
1 cawan santan pekat(pati perahan pertama)
1½ cawan air
Garam
1 sudu serbuk kunyit
Cara-cara membuatnya:
- Tumbuk bawang merah, ikan bilis dan cili padi sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama kacang panjang dan jagung muda. Masukkan serbuk kunyit, air(1½ cawan) dan sedikit santan pekat (dalam 3 sudu). Renehkan bersama sehingga sayur empuk.
- Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masukkan baki santan pekat tadi. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?