Gulai Ayam Terengganu Style
Bahan-bahan(dikisar):
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu rempah gulai cap Ros*
1 sudu teh rempah masak cap Ros*
*kalau takde rempah-rempah ni, bolehlah tukarkan kepada rempah kurma
Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam-dipotong, dicuci dan ditoskan
4 sekawan-1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia-dimayang halus/diketuk
1 sudu cili giling
1 sudu susu pekat
2 sudu sos tomato
2 sudu gula merah
2 cawan air
2 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan halia yang dimayang bersama 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan cili giling. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam. Kacau sebati. Perlahankan api dan tutup periuk untuk 2 minit.
- Kemudian masukkan air, susu pekat, sos tomato, gula merah, garam dan kentang. Biar hingga ayam dan kentang masak dengan sempurna. Kacau sekali-sekala.
- Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?