Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong 8 atau 12, dicuci dan ditoskan
1 genggam daun kari
3 ulas bawang merah-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1 inci halia-diketuk
1 batang serai-diketuk
1batang cili merah-dipotong halus
1 sudu biji sawi
Sedikit halba(dalam secubit)
2 sudu penuh rempah kari daging
1 sudu cili giling
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
3 cawan air
2 biji ubi kentang-kupas kulit dan potong 4
4 sekawan:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan daun kari. Kacau seketika, barulah dimasukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, serai dan 4 sekawan. Tumis sehingga layu.
- Bancuhkan rempah kari dan cili giling bersama air asam jawa. Masukkan ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga rempah agak kering.
- Masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga air ayam keluar. Masukkan kentang.
- Masukkan air dan gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Jangan lupa kacau sekali sekala.
- Apabila ayam sudah masak, taburkan sedikit halba, kacau dan tutup api. Siap.
Hey There. I found your blog using msn. This is a really well written
BalasPadamarticle. I will be sure to bookmark it and come back to read more
of your useful information. Thanks for the post. I'll certainly return.
Also visit my web page: bankruptcy florida