1 kg tulang rusa-dipotong kecil
(Boleh juga direbus dulu dengan menggunakan periuk tekanan(pressure cooker).
Bahan tumis:
4 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
2 batang serai-diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk jintan manis
Bahan-bahan lain:
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 batang lobak-dipotong kecil
atau
2 biji kentang-dipotong kecil
Daun bawang
Daun sup atau daun daun bawang
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan yang perlu ditumis terlebih dahulu. Tumis sehingga naik bau dan bawang layu.
- Masukkan tulang. Gaul rata dan biarkan sehingga air tulang keluar. Kemudian baru masukkan air. (Sekiranya menggunakan periuk tekanan, masukkan bersama-sama air rebusan). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila daging pada tulang sudah empuk sepenuhnya, barulah masukkan lobak atau kentang. Masak hingga empuk. Tutup api.
- Taburkan bawang goreng, daun sup atau daun bawang jika suka.
salam S.I.T.I..sedapnye sup tulang rusa ..berburu dimana tu dapat rusa.
BalasPadamSalam datin el,
BalasPadamkakak ipar bagi. mana ntah dia dpt...
mmg sedap kak. rasenye lebih sedap dr tulang lembu.