Jumaat, 25 Jun 2010

Karipap Ikan



Bahan-bahan untuk pastri:
(Menghasilkan lebih kurang 20-30 bijik karipap)

2½ cawan tepung gandum
3 sudu marjerin-cairkan dan sejukkan
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata. Buat lubang di tengahnya. Tuangkan marjerin cair di tengah lubang itu. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Tuangkan air sedikit-sedikit sambil diadun sehingga menghasilkan doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  3. Tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Rehatkan selama ½ jam.
  4. Canaikan doh dan terap bentuk bulat. Masukkan inti dan kelim.
  5. Goreng dengan api perlahan.





Bahan-bahan untuk inti (serunding ikan):

4 ekor ikan selayang (sardin) segar- rebus dan ambik isinya. Tumbuk hingga lumat.
Air rebusan ikan(dalam secawan)-tapis
5-6 ulas bawang merah-ditumbuk halus
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
½ cawan santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
1 camca lada hitam
¼ camca teh halba
1 labu bawang besar-potong dadu

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali bawang besar dan halba). Kacau sentiasa hingga sedikit kering (tetapi masih lembap).
  2. Apabila sudah kering, keluarkan serai dan asam gelugur. Masukkan bawang besar dan halba. Kacau sehingga bawang layu dan sebati. Matikan api dapur.
  3. Sejukkan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Dah makan?