Selasa, 6 Disember 2011

Roti Gulung Kismis dan Krenberi


Bahan-bahan:

2 cawan tepung berprotein tinggi
1 sudu besar yis kering
2 sudu besar gula perang-kisar halus
1 sudu teh garam
1 biji telur
air
80g mentega-didadu
sedikit minyak-untuk melengser

Untuk inti gulungan:
½ cawan kismis
½ cawan krenberi kering
sedikit mentega cair
sedikit gula perang
* didihkan kismis dan krenberi dengan sedikit air untuk melembutkan kedua-duanya

Cara membuatnya:

  • Satukan bahan-bahan kering, kecuali garam. Gaul rata.
  • Masukkan mentega yang didadu ke dalam bahan kering. Gaul semua bahan bersama menjadi seperti serbuk roti.
  • Bancuhkan telur+air(sukat hingga 150ml) dan garam. Gaul sebati.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah bahan kering tadi. Tuangkan separuh bancuhan telur+air+garam tadi. Gaul rata. Tuangkan bancuhan yang selebihnya. Gaul sebati.
  • Uli doh sehingga kenyal (lebih kurang 10 minit).
  • Lengserkan sedikit minyak masak pada mangkuk adunan. Perapkan doh di dalamnya (tutup dengan kain lembap atau plastik pembalut) sehingga naik dua kali ganda. *Nak tahu doh sudah sedia atau tidak, lepas sejam, tekan doh dengan jari. Kalau doh tidak menganjal, maka doh sudah sedia untuk digunakan).
  • Tumbukkan doh untuk membuang angin. Uli dalam 2,3 minit.
  • Taburkan tepung pada papan pencanai, canai doh menjadi 4 segi dengan ketebalan ½ cm.
  • Sapukan mentega cair, taburkan gula perang di segenap permukaan doh. Taburkan kismis dan krenberi kering rata-rata.
  • Kemudian gulung doh ketat-ketat. Pastikan bahagian hujungnya dirapikan supaya gulungan tidak terbuka. Potong setebal 2cm. Aturkan di atas dulang pembakar atau boleh juga masukkan dalam acuan petitin/muffin. Tutup dengan tuala lembap. Biarkan 10 minit sebelum dibakar.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 190C selama 10 minit. Kemudian bakar selama 20 minit. (Sebelum bakar  bolehlah sapukan gulungan dengan mentega cair atau susu segar atau telur untuk kemasan yang cantik dan menarik).
  • Sejukkan dan bolehlah dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?