Selasa, 25 September 2012

Nasi Ayam Nusantara


Nasi Ayam Nusantara

Sumber: Internet(Restoran Pak Amir 2000)
Diolah oleh: Siti

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan beras-direndam 30 minit, kemudian cuci dan toskan
1 ekor ayam-nak potong boleh tak nak potong pon boleh
4 ulas bawang putih-dimayang
1 labu bawang besar-dimayang
1 inci halia-diketuk
Air secukupnya (5-6cawan)
4 ulas bawang putih-ketuk
1 inci halia-ketuk
Garam secukupnya
2-3 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang dan halia yang diketuk. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan garam secukupnya. Renehkan sehingga ayam masak.
  2. Kemudian apabila ayam sudah masak sepenuhnya, keluarkan ayam. Toskan.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Sendukkan air rebusan ayam tadi ke dalam nasi secukupnya. Masukkan juga daun pandan, bawang putih dan halia yang telah diketuk. Tambahkan sedikit garam ke dalamnya. Tanak seperti biasa hingga masak. Apabila nasi masak, gemburkan nasi supaya nasi lerai dan tidak berketul.
Bahan-bahan untuk sup:

Air rebusan ayam tadi
Daun sup-dicincang halus
Daun bawang-dicincang halus

Cara membuatnya:

Taburkan air rebusan tadi dengan dauan sup dan daun bawang. Panaskan jika perlu.

Bahan-bahan untuk ayam:

Ayam yang telah direbus tadi
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu teh madu
1 sudu besar sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan-bahan dan perapkan bersama ayam lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing (sekejap sahaja sebab ayam dah masak). Sekiranya ayam tidak dipotong(goreng sekor terus), pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya bahagian luar ayam garing sekata.
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Apabila hendak menghidang barulah dipotong kepada bahagian yang kecik.
Bahan-bahan untuk sambal cili:
5 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kisar cili merah bersama bawang putih dan halia. Letakkan sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar.
  2. Di dalam periuk sos, masukkan bahan kisar tadi bersama bahan-bahan lain. Reneh sehingga mendidih. Tutup api.
Bahan-bahan untuk sambal kicap:

2-3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 cawan kicap lemak manis
2 sudu air rebusan sup
Garam dan gula secukupnya (jika perlu)

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan sehingga lumat. Siap.

Bahan untuk hiasan:

Daun salad
Timun batang
Buah tomato
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng