Kuih Lapis Pancawarna
Sumber: CikManggis
Bahan-bahannya:
175gm tepung gandum
125gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
200ml santan pekat
600ml air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
pewarna
2 helai daun pandan-*saya tambah
Cara membuatnya:
- Masakkan secawan gula dan 1/2 cawan air serta daun pandan sehingga gula larut. Tutup api, keluarkan daun pandan dan sejukkan. Sementara itu panaskan pengukus.
- Apabila sirap tadi telah sejuk, satukan semua bahan (kecuali pewarna) di dalam satu mangkuk. Kacau hingga rata. Tapiskan.
- Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. (Dalam resipi cikmanggis cuma bahagi 2 bahagian, tapi saya bahagi kepada 5 bahagian untuk menghasilkan lapis pancawarna).
- Letakkan pewarna (merah, jingga, kuning, hijau dan biru).
- Kukus lapisan pertama selama 5 minit. Kemudian diikuti dengan warna2 yang lain sehingga habis. Kemudian kukus lagi sehingga 15-20minit. *Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya mudah dikeluarkan nanti.
- Kemudian buka penutup kukusan dan biar 5 minit atau sehingga permukaan kuih kering. Tutup api.
- Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dipotong.