Jumaat, 28 September 2012

Roti Kentang



Roti Kentang

Bahan-bahan untuk roti:
350g tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera
2 sudu gula
2 sudu besar susu tepung
1/2 camca teh garam

1 biji telur
80g kentang-direbus sehingga lembut dan dilenyek halus

100ml susu segar
2 1/2 sudu besar mentega

Cara membuatnya:

  1. Satukan ke semua bahan kering dalam mangkuk adunan. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan telur, kentang dan susu. Gaul rata. Lenyek-lenyekkan sehingga kentang tidak berketul.
  3. Buat lubang di tengah bahan kering tadi. Tuangkan bancuhan basah tadi ke dalamnya sambil digaul dengan garpu. Aduk rata hingga jadi sebuku. 
  4. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega. Uli lagi sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  5. Tutupkan dengan kain lembap atau plastik lutsinar(cling wrap) dan biarkan ia naik 2 kali ganda. (Letakkan di tempat yang agak panas supaya doh cepat naik).
  6. Apabila telah naik, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli seketika. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan dan susun di dalam dulang pembakar yang telah digliskan dengan sedikit minyak atau mentega supaya tidak melekat.
  7. Tutup dengan kain lembap dan perap lagi sehingga naik untuk kali yang kedua(lebih kurang 40 minit). 15 minit yang terakhir bolehlah panaskan oven pada suhu 180C.
  8. Kemudian, picitkan kastad di atasnya dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga bahagian atas roti berwarna keemasan. 
  9. Apabila telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan mentega cair di atasnya. 
sebelum dibakar


Bahan untuk kastad:
1 sudu tepung kastad
1/2 cawan susu segar
2 sudu gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Satukan semua bahan di dalam periuk sos. Kacau rata sehingga tepung kastad larut.
  2. Masak secara double boil (untuk mengelakkan dari hangit) sehingga pekat. Kacau selalu.
  3. Tutup api dan angkat dari atas dapur. Masukkan esen vanila dan kacau rata. 
  4. Masukkan ke dalam plastik dan biarkan sejuk.

Selepas dibakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?