Isnin, 18 Jun 2012

Ikan Siakap Masak Cuka


Ikan Siakap Masak Cuka
Bahan-bahannya:
Seekor ikan siakap-dicuci dan ditos(ikan boleh digoreng sekor atau dipotong dua)
1 labu bawang besar- dipotong baji
2 ulas bawang putih-ketuk/mayang
1 inci halia-dihiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu cuka makan
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit biji sawi
1/2 cawan air
1 batang timun-dipotong pendek, dibelah 6
1 biji tomato-dipotong baji
1 batang cili merah-dimayang halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk disadur pada ikan siakap:
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandum
Garam
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng.
  2. Satukan bahan sadur. Sadurkan pada ikan siakap dan goreng garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Ceduk minyak lebihan menggoreng ikan tadi dan tinggalkan hanya sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi. Goreng hingga layu.
  5. Masukkan serbuk kunyit. Kacau sebati. Kemudian masukkan air dan timun tadi. Masukkan cuka,  garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih. apabila mendidih, masukkan buah tomato dan cili merah. Kacau seketika, masukkan ikan goreng tadi. Gaul rata dan masak lagi 2-3 minit. Tutup api. Siap dan bolehlah dihidangkan.