Sotong Sumbat
Bahan-bahannya:
9 ekor sotong-buangkan kulitnya dan cuci bersih, kemudian toskan
1 cawan beras pulut-bersih dan tanak sehingga masak, kemudian sejukkan
3 ulas bawang merah-dimayang halus
Sebuku halia sebesar ibu jari-potong bentuk mancis
3-4 batang serai-diketuk
11/2 liter santan cair
1/2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa-
1 sudu teh halba
pencungkil gigi
*tanak beras dengan sukatan air tinggi sikit pada kadar 1/2 ruas jari daripada paras beras.
Cara membuatnya:
- Sumbat pulut yang telah sejuk ke dalam perut sotong. Sumbat jangan sampai penuh. Separuh sahaja. Sematkan dengan pencungkil gigi supaya tak terburai. Buat sampai habis.
- Dalam periuk, masukkan bahan-bahan lain termasuk sotong yang sudah disumbat pulut tadi, kecuali santan pekat dan halba.
- Masak sehingga sotong empuk dan lembut. Kemudian barulah dimasukkan santan pekat dan halba. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api. Siap.