Daging Goreng Kicap Lada Hitam
Bahan-bahannya:
400g daging batang pinang-diketuk-ketuk baru dipotong kecil(supaya lebih cepat empuk)
1/2 cawan kicap manis-digaul bersama daging dan diperap 10 minit(sekurang-kurangnya)
1 labu bawang besar-potong baji
3 ulas bawang putih-diketuk
Sedikit lengkuas-diketuk
1 batang serai-diketuk
2 sudu sos plum
2 sudu sos lada hitam-kalau suka pedas boleh lebihkan
1 sudu gula
Sedikit garam(secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Cili merah/cili padi-sebagai hiasan
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas hingga layu dan naik bau.
- Masukkan daging. Kacau rata.
- Masukkan bahan-bahan lain. Goreng sebati sehingga daging empuk. Rasakan. Tambahkan apa yang perlu secukup rasa. Kacau seketika. Tutup api.
- Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan cili merah.