
Bahan-bahan:
½ cawan buah bidara(kurma cina kering-so called buah khecut di Trg)
½ cawan longan kering
½ cawan buah samak kering(figs)
2-3 biji buah kembang semangkuk-rendam hingga kembang
sedikit gula batu
1-2 helai daun pandan-simpulkan
Air secukupnya untuk merebus(lebih kurang 2 liter)
Cara-cara:
- Masukkan buah bidara ke dalam periuk bersama dengan air dan daun pandan. Rebus separuh lembut.
- Kemudian masukkan buah-buahan kering lain beserta buah kembang semangkuk dan juga gula batu.
- Rebuskan sehingga buah-buahan kering ini menjadi lembut.
- Rasakan. Sekiranya kurang manis, tambahkan sedikit gula pasir. Kacau sebati dan tutup api.
- Air bidara sedia untuk dinikmati sama ada panas atau sejuk.
*boleh juga masukkan halwa kundur, bijik selasih dan bijik teratai jika suka.
