Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Selasa, 25 September 2012

Nasi Ayam Nusantara


Nasi Ayam Nusantara

Sumber: Internet(Restoran Pak Amir 2000)
Diolah oleh: Siti

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan beras-direndam 30 minit, kemudian cuci dan toskan
1 ekor ayam-nak potong boleh tak nak potong pon boleh
4 ulas bawang putih-dimayang
1 labu bawang besar-dimayang
1 inci halia-diketuk
Air secukupnya (5-6cawan)
4 ulas bawang putih-ketuk
1 inci halia-ketuk
Garam secukupnya
2-3 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang dan halia yang diketuk. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan garam secukupnya. Renehkan sehingga ayam masak.
  2. Kemudian apabila ayam sudah masak sepenuhnya, keluarkan ayam. Toskan.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Sendukkan air rebusan ayam tadi ke dalam nasi secukupnya. Masukkan juga daun pandan, bawang putih dan halia yang telah diketuk. Tambahkan sedikit garam ke dalamnya. Tanak seperti biasa hingga masak. Apabila nasi masak, gemburkan nasi supaya nasi lerai dan tidak berketul.
Bahan-bahan untuk sup:

Air rebusan ayam tadi
Daun sup-dicincang halus
Daun bawang-dicincang halus

Cara membuatnya:

Taburkan air rebusan tadi dengan dauan sup dan daun bawang. Panaskan jika perlu.

Bahan-bahan untuk ayam:

Ayam yang telah direbus tadi
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu teh madu
1 sudu besar sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan-bahan dan perapkan bersama ayam lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing (sekejap sahaja sebab ayam dah masak). Sekiranya ayam tidak dipotong(goreng sekor terus), pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya bahagian luar ayam garing sekata.
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Apabila hendak menghidang barulah dipotong kepada bahagian yang kecik.
Bahan-bahan untuk sambal cili:
5 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kisar cili merah bersama bawang putih dan halia. Letakkan sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar.
  2. Di dalam periuk sos, masukkan bahan kisar tadi bersama bahan-bahan lain. Reneh sehingga mendidih. Tutup api.
Bahan-bahan untuk sambal kicap:

2-3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 cawan kicap lemak manis
2 sudu air rebusan sup
Garam dan gula secukupnya (jika perlu)

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan sehingga lumat. Siap.

Bahan untuk hiasan:

Daun salad
Timun batang
Buah tomato
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng






Ahad, 12 Jun 2011

Sup Daging



Bahan-bahannya:
400g daging-dipotong kecil
5 ulas bawang merah-dimayang
2 inci halia-diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
1 genggam daun bawang dan daun sup

Cara-cara membuatnya:


  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah dan halia. Tumis hingga naik bau dan bawang kekuningan.
  2. Masukkan daging. Gaul hingga rata. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga air dari daging sedikit mengering. 
  3. Masukkan air secukupnya. Rebus sehingga daging betul-betul empuk. Masukkan garam. Kacaukan.
  4. Tutupkan api. Hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan daun bawang dan daun sup yang dimayang.

Isnin, 2 Ogos 2010

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan:


Beberapa ekor ikan haruan-dicuci bersih, dipotong dua dan ditos
4 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dimayang halus
Halia (sebesar ibu jari kaki)-diketuk**digunakan dengan banyak untuk menghilangkan bau hanyir ikan haruan
3 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Air secukupnya
Serbuk lada hitam-mengikut keperluan,**1 sudu kecil sudah memadai jika tidak suka pedas
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia bersama buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan ikan berserta dengan garam dan perasa. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih dan isi ikan masak.
  3. Hidangkan ketika panas.

Khamis, 25 Februari 2010

Sup Tulang Rusa

Bahan-bahan:
1 kg tulang rusa-dipotong kecil
(Boleh juga direbus dulu dengan menggunakan periuk tekanan(pressure cooker).

Bahan tumis:
4 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
2 batang serai-diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk jintan manis

Bahan-bahan lain:

Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 batang lobak-dipotong kecil
atau
2 biji kentang-dipotong kecil
Daun bawang
Daun sup atau daun daun bawang

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang perlu ditumis terlebih dahulu. Tumis sehingga naik bau dan bawang layu.
  2. Masukkan tulang. Gaul rata dan biarkan sehingga air tulang keluar. Kemudian baru masukkan air. (Sekiranya menggunakan periuk tekanan, masukkan bersama-sama air rebusan). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Apabila daging pada tulang sudah empuk sepenuhnya, barulah masukkan lobak atau kentang. Masak hingga empuk. Tutup api.
  4. Taburkan bawang goreng, daun sup atau daun bawang jika suka.

Rabu, 25 November 2009

Mushroom Soup

Photobucket



Bahan-bahan:

1 labu bawang besar-didadu
3 ulas bawang putih-cincang halus
2 batang seleri-potong pendek
½ cawan cendawan butang-didadu
2 kiub stok ayam
2 sudu tepung gandum
sedikit gula
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  2. Masukkan air dan kiub stok ayam serta cendawan butang dan batang seleri. Kacau rata. Biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan sedikit gula.  Kacau rata.  Tutup api. Sejukkan.
  4. Setelah sejuk, kisar sehingga semuanya hancur. Panaskan sekali lagi di atas api perlahan. Siap.