Memaparkan catatan dengan label Mi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mi. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2011

Makaroni Goreng



  • Makaroni(400g)-rebus bersama sedikit minyak dan garam. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang.
  • Daging cincang(200g)
  • Bawang besar cincang/dadu(1-2 labu)
  • Bawang putih cincang(5 ulas)
  • Cili giling(1 sudu)
  • Serbuk jintan manis(dalam 1 sudu teh)
  • Sos tomato(3 sudu)
  • Kicap(1 sudu)
  • Garam+gula(sesedap rasa)
  • Daun sup-potong halus
  • Cili merah-potong menyerong nipis-nipis
  • Minyak untuk menumis

Cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Masukkan daging cincang. Gaul rata. 
  • Masukkan cili giling dan serbuk jintan manis. Kacau sebati. Masukkan sedikit air rebusan makaroni tadi. Biarkan seketika.
  • Masukkan sos tomato, sedikit kicap, garam dan gula.  Kacau rata lagi. *Kalau kering masukkan sedikit lagi air rebusan makaroni tadi. 
  • Apabila semuanya cukup sebati dan daging sudah empuk, masukkan makaroni yang sudah siap direbus tadi.
  • Gaul sebati. Rasa. Masukkan apa yang kurang (garam+gula). Masukkan daun sup dan cili merah. Gaul seketika dan tutup api. Siap.

    Jumaat, 25 Jun 2010

    Spageti Tuna Pedas

    Bahan-bahan:

    Spageti-rebus bersama sedikit garam dan sesudu minyak. Kemudian toskan airnya.

    1 labu bawang besar-potong dadu
    2 ulas bawang putih-cincang halus
    ½ cawan sos tomato
    5-6 biji cendawan butang-hiris nipis
    1 tin cili tuna cap Ayam
    Garam dan gula secukup rasa
    Sesenduk air rebusan spageti
    Minyak zaitun untuk menumis

    Cara-cara membuatnya:
    1. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dadu.
    2. Setelah bawang layu, masukkan sos tomato dan cili tuna. Kacau sebati. Masukkan air rebusan spageti tadi. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
    3. Masukkan cendawan butang, garam dan gula. Gaul sebati untuk beberapa minit. Siap.
    4. Isikan spageti ke dalam pinggan dan curahkan sos spageti ke atasnya.

    Jumaat, 9 Oktober 2009

    Mi Sup

    Photobucket


    Bahan-bahan:
    Mi kuning
    Ayam/daging-dipotong kecil supaya mudah empuk(byk mana tak kisah, ikut kesesuaian)
    3-4 biji buah pelaga
    3-4 kuntum bunga cengkih
    1 batang kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    garam, sedikit gula
    1 sudu cuka makan
    1 liter air atau lebih
    2 batang seleri-potong kecil
    2 sudu rempah sup Mak Siti-bancuh dengan sedikit air
    5 ulas bawang merah-tumbuk halus
    3 ulas bawang putih-tumbuk halus
    1 inci halia-ketuk
    sedikit lengkuas-ketuk
    1 sudu serbuk jintan manis-tumbuk
    1 sudu teh lada hitam-tumbuk

    Bahan sampingan:
    sambal kicap
    Taugeh, sawi, lobak
    Daun bawang
    Cili merah

    Cara-cara:
    1.Tumis semua bahan tumbuk, halia dan lengkuas. Campakkan 4 sekawan. Tumis bersama hingga naik minyak.
    Masukkan ayam atau daging. Tutup periuk dan biarkan dalam 5 minit.
    2.Masukkan air, garam, gula dan cuka. (Time ni kalo korang suka nak masukkan carrot, bolehlah)Tutup periuk. Biar hingga daging empuk.
    3.Masukkan seleri dan biarkan seketika. Padamkan api.
    4.Celurkan mi kuning/bihun

    Bahan-bahan untuk sambal kicap:
    kicap
    cili padi
    gula
    cuka
    1ulas bawang putih

    Cara:
    Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat.
    Campurkan dengan semua bahan. siap.
    Hidangkan mi sup bersama sambal kicap. Hidangkan juga bersama taburan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.



    Mi hailam

    Photobucket

    Bahan-bahan:
    1 bungkus mee kuning-basuh dan toskan
    1 pokok sawi/sayur-sayuran lain-potong kecil
    1 sudu cili giling/cili boh
    gula secukup rasa


    1 sudu sos cili
    1 sudu sos tomato
    ½ sudu sos tiram
    1 sudu kicap pekat
    1 cawan air rebusan ayam/daging(air biasa pun boleh kalo air rebusan takde atau guna kiub pati ayam)
    sedikit isi ayam/daging/udang/ apa saja yang korang suka
    1 sudu teh tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air




    Bahan tumis:
    3-4 ulas bawang putih-ketuk

    Bahan hiasan:
    sebiji buah tomato-belah 8
    daun bawang
    bawang goreng

    Cara-cara:
    1. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Gaul rata. Masukkan gula. Masukkan isi ayam. Tumis lagi hingga isi ayam/daging empuk. Masukkan segala sos dan kicap. 2. Masukkan air rebusan.
    2. Apabila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran. Kemudian masukkan mee. Gaul rata. Tuangkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga agak pekat. Tutup api.
    3. Hidangkan bersama bahan hiasan.



    Penang Laksa(@Laksa Penang)

    Photobucket


    Bahan untuk membuat kuah laksa:
    6-7 ekor ikan sardin/kembung/selar-buang isi perut, cuci, rebus dan tumbuk lumat
    1 labu bawang besar- mayang separuh bulat
    3 kuntum bunga kantan-mayang
    1 ikat daun kesum
    1 batang cili merah- mayang
    Cili giling- sukati nak letak banyak mana, ikut kepedasan yang korang suka
    3-4 keping asam gelugur(asam keping)
    Air
    Garam, gula

    Bahan lain:
    Laksa basah
    Timun
    Telur rebus
    Daun salad
    Cili merah/ cili padi
    Limau kasturi



    Photobucket


    Cara-cara:
    1. Masukkan air dan air rebusan ikan(sila tapis) ke dalam periuk bersama bawang, bunga kantan, asam keping, cili merah, cili giling dan daun kesum. Rebus sampai mendidih.
    2. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat ke dalam periuk sambil dikacau. Biar mendidih sekali lagi. Tutup api.
    3. Sediakan laksa di dalam mangkuk, tuangkan kuah laksa. Hiaskan dengan bahan-bahan lain.




    Laksa Kuah Putih(Laksa Terengganu)

    Photobucket


    Bahan utama:
    Laksa basah

    Bahan-bahan untuk kuah laksa:
    1 biji kelapa-ambil santannya
    Garam, gula secukup rasa
    1 biji limau nipis

    Bahan yang perlu ditumbuk:
    7-8 ulas bawang merah
    Lada hitam
    Sedikit belacan
    6-7 ekor ikan selayang(sardin)-rebus dan ambil isinya
    *kalo boleh perah santan dengan menggunakan air panas supaya kuah tahan lama.

    Bahan ulam-ulaman:(hiris halus)
    Daun kesum
    Daun kemangi(optional)
    Daun selasih
    Kacang panjang
    Timun
    Taugeh-tak perlu celur
    Cili giling

    Cara:
    1. Masukkan santan dan semua bahan tumbuk ke dalam periuk.
    2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Panaskan santan tapi jangan sampai mendidih/menggelegak.
    3. Kacau sentiasa. Agak-agak dah panas, tutup api. Perahkan limau nipis ke dalam kuah laksa tadi.
    4. Letakkan sedikit laksa basah ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa dan taburkan dengan ulam-ulaman. Letakkan sedikit cili giling untuk menambahkan rasa pedas. Siap untuk dihidangkan.
    p/s: Kuah laksam juga dimasak dengan cara yang sama tinggal lagi laksa ditukar dengan laksam.

    Bihun Goreng Singapura

    Photobucket

    Bahan utama:
    1/2 bungkus bihun- direndam hingga lembut, kemudian ditoskan
    1 cawan daging ayam dipotong kecil
    Daun limau purut-siat-siatkan

    Bahan tumbuk/mesin halus:
    Segenggam ikan bilis- direndam
    1 sudu udang kering- direndam
    1-2 sudu lada hitam
    6 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    Sebesar ibu jari halia

    Bahan-bahan lain:
    1 biji tomato-dipotong kecil/cincang
    1 batang lobak merah-diparut kasar
    Kobis/daun salad-potong ikut suka
    Minyak untuk menumis
    garam dan gula secukup rasa
    1-2 batang cili merah-hiris halus
    Sedikit air

    Bahan-bahan sampingan:(optional)
    Daun sup/daun bawang
    Telur hancur/dadar
    Bawang goreng
    Cili padi

    Cara memasak:
    1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Campakkan daun limau purut.
    2. Masukkan tomato yang telah dicincang tadi. Masukkan daging ayam. Biar hingga ayam empuk dan masak.
    3. Masukkan lobak merah yang telah diparut. Masukkan sedikit air, garam dan gula.
    4. Masukkan bihun yang telah ditos. Gaul bihun hingga sebati dan lembut.(Kalau bihun masih tak lembut tapi air dah kering, masukkan sedikit lagi air cukup-cukup untuk melembutkan bihun sahaja).
    5. Masukkan kobis dan cili merah. Gaul seketika sehingga sayur layu. Tutup api.
    6. Hidangkan bersama sambal kicap(aku tak buat sebab bihun ni dah cukup pedas) dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.