Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulam. Papar semua catatan

Khamis, 6 September 2012

Kerabu Sotong


Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

5 ekor sotong 
1 labu bawang besar(mayang halus) 
1 biji tomato(potong dadu) 
daun ketumbar(cincang kasar) 
1-2 sudu sos ikan
cili padi(potong halus)
1 batang serai(mayang halus) 
1-2 biji limau kasturi/nipis-mengikut kesukaan 
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:



  • Rebus air hingga mendidih, masukkan sotong. Lepas 2 minit tutup api. Keluarkan sotong dan hiris nipis. 
  • Masukkan bahan-bahan lain. Gaul rata.  Rasakan sebelum letak garam. Sebab kita dah guna sos ikan yang dah ada rasa masin.
  • Kemudian perahkan limau kasturi/ nipis. Gaul sebati. Siap

Isnin, 4 Julai 2011

Acar Timun Ikan Masin Berempah




Bahan-bahannya:

1 batang timun-dipotong kecil memanjang
20g ikan masin-dipotong kiub kecil
7 ulas bawang merah-tumbuk halus
5 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 inci halia-ditumbuk halus
2 sudu cili giling
1 sudu rempah kari ikan-dibancuh dengan sedikit air
½ cawan gula merah
½ cawan cuka makan
Sedikit jeruk betik-dicincang (dalam 2 sudu)
Minyak untuk menumis-lebih kurang ½ cawan


Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili giling. Tumis hingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan rempah kari dan ikan masin. Kacau rata. Masukkan gula merah dan cuka. Biarkan sehingga naik minyak sekali lagi.. 
  3. Masukkan timun dan jeruk betik cincang. Kacau rata. Masak hingga pekat dan sebati. 

Sabtu, 28 Mei 2011

Ceranang




Bahan-bahan untuk kuah kacang:
Kacang tanah-digoreng dan dimesin halus
Air asam jawa
Gula kasar/gula merah/nisan kerek
Sedikit garam
Sedikit belacan-optional
Cili boh
Air panas


Cara:

  1. Mula-mula masukkan kacang tanah yang telah dihaluskan ke dalam satu bekas. Masukkan air suam sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  2. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul hingga semuanya sebati.
  3. Sedia untuk digunakan.* Untuk kuah tahan lebih lama, bolehlah dimasak seketika di atas dapur.

Bahan sayur-mayur:
Kangkung-dicelur
Kacang panjang-dicelur
Taugeh-dicelur
Tauhu-digoreng
Timun-disagat atau dipotong memanjang macam mancis

Bahan lain:
Telur rebus

**Bahan sayur-mayur adalah optional. Bergantung kepada kesukaan dan apa yang kedapatan di rumah anda.
**Ceranang adalah seakan-akan pecal. Beza ceranang dan pecal adalah penggunaan kencur/cekor.

Isnin, 28 Disember 2009

Sambal Belacan


Bahan-bahan:(disangai hingga layu)
10 biji lada merah-dibelah, dibuang biji dan kemudian dipotong pendek
4-5 biji cili padi
belacan-sebesar ibu jari
2 ulas bawang merah-dimayang

Bahan-bahan lain:
Secubit garam
2 sudu gula
1 biji buah mempelam/bacang muda
1 biji limau nipis-ambil jusnya

Cara-caranya:
  1. Selepas disangai, masukkan bahan-bahan yang disangai tadi ke dalam pengisar(blender kering). Masukkan garam dan gula. Kisar hingga lumat. *Tumbuk lagi sedap!
  2. Perahkan limau dan sagat halus mempelam/bacang muda. Gaul rata. Siap.