Memaparkan catatan dengan label Pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pastri. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Cream Puff


Cream Puff
Sumber: Zaliana myresipi.com

Bahan-bahan untuk cream puff(choux pastry)
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.
  3. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
  4. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
  5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung. Tabur gula aising di atasnya. Hidangkan.

Bahan-bahan untuk inti jagung:
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
*1 sudu teh esen vanila dan 1sudu mentega-ini saya tambah. Dalam resipi asal takde.
*Gula aising-untuk ditabur di atas cream puff 

Cara-cara membuatnya:
  1. Kacau tepung kastad dan air. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap.
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Masukkan esen vanila dan mentega. Gaul sebati. Tutup api. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.

Selasa, 6 Disember 2011

Roti Gulung Kismis dan Krenberi


Bahan-bahan:

2 cawan tepung berprotein tinggi
1 sudu besar yis kering
2 sudu besar gula perang-kisar halus
1 sudu teh garam
1 biji telur
air
80g mentega-didadu
sedikit minyak-untuk melengser

Untuk inti gulungan:
½ cawan kismis
½ cawan krenberi kering
sedikit mentega cair
sedikit gula perang
* didihkan kismis dan krenberi dengan sedikit air untuk melembutkan kedua-duanya

Cara membuatnya:

  • Satukan bahan-bahan kering, kecuali garam. Gaul rata.
  • Masukkan mentega yang didadu ke dalam bahan kering. Gaul semua bahan bersama menjadi seperti serbuk roti.
  • Bancuhkan telur+air(sukat hingga 150ml) dan garam. Gaul sebati.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah bahan kering tadi. Tuangkan separuh bancuhan telur+air+garam tadi. Gaul rata. Tuangkan bancuhan yang selebihnya. Gaul sebati.
  • Uli doh sehingga kenyal (lebih kurang 10 minit).
  • Lengserkan sedikit minyak masak pada mangkuk adunan. Perapkan doh di dalamnya (tutup dengan kain lembap atau plastik pembalut) sehingga naik dua kali ganda. *Nak tahu doh sudah sedia atau tidak, lepas sejam, tekan doh dengan jari. Kalau doh tidak menganjal, maka doh sudah sedia untuk digunakan).
  • Tumbukkan doh untuk membuang angin. Uli dalam 2,3 minit.
  • Taburkan tepung pada papan pencanai, canai doh menjadi 4 segi dengan ketebalan ½ cm.
  • Sapukan mentega cair, taburkan gula perang di segenap permukaan doh. Taburkan kismis dan krenberi kering rata-rata.
  • Kemudian gulung doh ketat-ketat. Pastikan bahagian hujungnya dirapikan supaya gulungan tidak terbuka. Potong setebal 2cm. Aturkan di atas dulang pembakar atau boleh juga masukkan dalam acuan petitin/muffin. Tutup dengan tuala lembap. Biarkan 10 minit sebelum dibakar.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 190C selama 10 minit. Kemudian bakar selama 20 minit. (Sebelum bakar  bolehlah sapukan gulungan dengan mentega cair atau susu segar atau telur untuk kemasan yang cantik dan menarik).
  • Sejukkan dan bolehlah dinikmati.

Jumaat, 8 Julai 2011

Murtabak Mini


Bahan-bahan inti:

600 g daging lembu- didadu kecil/dicincang
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar rempah kurma
1 batang cili merah
2 sudu sos tomato
3 susu susu cair/susu segar
Sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan lada hitam, cili boh, rempah kurma dan cili merah hingga lumat. Perapkan daging bersama rempah yang dikisar tadi dan kulit kayu manis, cengkih dan pelaga. Perap lebih kurang sejam.
  2. Selepas sejam, panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga rata. Tutupkan kuali.
  3. Kemudian, masukkan air, sos tomato, susu, garam dan gula. Gaul seketika. Biarkan hingga air kering  dan daging masak sepenuhnya.
  4. Tutup api. Sejukkan.

Bahan untuk kulit murtabak:
Kulit popia  saiz kecil
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat.

Bahan lain:
5 labu bawang besar-dipotong dadu kecil
Telur secukupnya(5-6 biji mengikut keperluan)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
  1. Ambil sebahagian inti tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sebahagian bawang dadu dan pecahkan telur ke dalamnya. Pukul sekadar sebati.
  2. Bentangkan kulit popia di atas landas pencincang atau talam, Masukkan sedikit bancuhan inti tadi. Bungkus seperti lipatan parcel/sampul surat dan kemudian letakkan pelekat gam tadi. 
  3. Buatlah sehingga selesai. Ulang langkah ini kepada sebahagian lagi baki inti. 
  4. Untuk menggoreng, lengserkan sedikit minyak pada permukaan kuali rata(pan). Goreng dengan api perlahan sehingga kedua-dua belahnya sedikit garing.
  5. Hidangkan dengan kuah kari atau kurma.
*Sekiranya berniat untuk mem'frozen'kannya, tidak perlu masak terlalu garing. Kemudian sejukkan dan simpankan dalam bekas plastik. Tetapi pastikan setiap lapisan diletakkan sekeping plastik untuk mengelakkan ia dr melekat antara satu sama lain. 

Jumaat, 25 Jun 2010

Karipap Ikan



Bahan-bahan untuk pastri:
(Menghasilkan lebih kurang 20-30 bijik karipap)

2½ cawan tepung gandum
3 sudu marjerin-cairkan dan sejukkan
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata. Buat lubang di tengahnya. Tuangkan marjerin cair di tengah lubang itu. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Tuangkan air sedikit-sedikit sambil diadun sehingga menghasilkan doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  3. Tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Rehatkan selama ½ jam.
  4. Canaikan doh dan terap bentuk bulat. Masukkan inti dan kelim.
  5. Goreng dengan api perlahan.





Bahan-bahan untuk inti (serunding ikan):

4 ekor ikan selayang (sardin) segar- rebus dan ambik isinya. Tumbuk hingga lumat.
Air rebusan ikan(dalam secawan)-tapis
5-6 ulas bawang merah-ditumbuk halus
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
½ cawan santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
1 camca lada hitam
¼ camca teh halba
1 labu bawang besar-potong dadu

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali bawang besar dan halba). Kacau sentiasa hingga sedikit kering (tetapi masih lembap).
  2. Apabila sudah kering, keluarkan serai dan asam gelugur. Masukkan bawang besar dan halba. Kacau sehingga bawang layu dan sebati. Matikan api dapur.
  3. Sejukkan.

    Selasa, 15 Jun 2010

    Pai Beri Biru

    Sumber: Alex Goh-Irresistible Pastry

    Bahan-bahan:

    Pastri Manis(B):
    [BahanA:
    70gm gla aising
    150gm mentega/marjerin

    Bahan B:
    1 biji telur

    Bahan C:
    260gm tepung gandum
    1 sudu besar tepung susu

    Cara-cara membuatnya:
    1. Adun A hingga sebati. Masukkan B. Adun hingga rata.
    2. Masukkan C yang telah diayak dan gaul hingga sempurna.
    3. Dinginbekukan dalam peti sejuk selama 30 minit atau hingga keras.
    4. Keluarkan dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz yang dikehendaki.
    *Berat pastri lebih kurang 540gm. ]

    Inti:
    Satu lapisan kek span vanilla setebal 3mm
    250gm inti pai beri biru (blueberry filling)

    *Kalau tak nak guna kek span pun takpe tapi kene guna lebih filling.

    Cara-cara membuatnya:
    1. Canaikan pastri manis menjadi 3mm tebal. Lapikkan pastri ke dalam bekas acuan pai berukuran 6 inci yang telah digriskan.
    2. Letakkan kek span vanilla di atas pastri manis dan sapukan inti ke atasnya. Sapukan juga  kuning telur di tepi pastri.
    3. Canaikan lebihan (reja) pastri manis kepada 3 mm tebal dan potongkan jaluran selebar 1cm.
    4. Hasilkan jaluran berselang (lattice) di atas pembalut plastik. Dinginkan di dalam peti sejuk sehingga keras. Kemudian, letakkan di atas inti tadi.
    5. Sapukan pengilat kuning telur dan bakar pada suhu 200C selama 30-35 minit atau sehingga pai menjadi kuning keemasan.

    Jumaat, 9 Oktober 2009

    Creampuff

    Photobucket


    Bahan-bahan:
    250 ml air
    100gm marjerin
    125 gm tepung gandum
    2 sudu gula
    4 biji telur

    Cara:
    1. Jerang air bersama gula hingga mendidih. Masukkan marjerin.Kacau hingga marjerin cair.
    2. Kecilkan api. Masukkan tepung. Gaul tepung hingga bergumpal, licin dan tidak melekat pada periuk. Tutup api. Biarkan suam.
    3. Pukul seketika tepung tadi dengan mixer. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kental.
    4. Terap dan bakar selama 30 minit dengan suhu 190C.
    5. Sejukkan sebelum dibelah tengahnya (jangan sampai putus)dan dimasukkan kastad.

    Kastad
    Bahan-bahan:
    250 ml susu segar
    100 gm gula
    50 gm tepung kastad
    2 biji kuning telur
    esen vanilla

    Cara-cara:
    1. Didihkan sebahagian susu dengan gula.
    2. Bancuhkan sebahagian lagi susu dengan tepung kastad, telur dan esen vanilla. Masukkan ke dalam susu yang telah dididihkan. Kecilkan api.
    3. Sentiasa kacau hingga pekat. Tutup api. Sejukkan.