Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2010

Bubur Lambuk

Bahan-bahan:
Daun-daunan: Dipetik dari tangkainya dan dicuci bersih
Daun kaduk-**sedikit sahaja(anggaran 2,3 lai sahaja), banyak nanti mabuk.
Daun dukung anak
Daun kesum
Daun bayam peraksi
Pucuk paku midin
Daun kemangi
Pucuk ubi
Pucuk paku biasa
Pucuk manis

Bahan yang perlu dikisar bersama:

Halia
Bawang merah
Belacan
3-4 ekor ikan selayang/kembung-direbus, ambik isinya
Air rebusan ditapis dan dimasukkan sekali

Bahan lain:
Beras
Santan
Ubi keledek-dikupas kulit dan dipotong kecil
½ camca halba
Lada hitam
Serai-diketuk
Garam dan gula


Daun-daunan yang digunakan untuk membuat bubur lambuk.

Cara-cara membuatnya:
  1. Rebus beras dengan air biasa.  Masukkan serai.
  2. Setelah beras menjadi bubur, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ubi keledek bersama santan. Masukkan sekali lada hitam, garam dan gula. Kacau sentiasa.
  4. Setelah ubi keledek masak sepenuhnya, barulah dimasukkan daun-daunan tadi. Kacau sehingga daun-daunan layu. Masukkan halba. kacau seketika. Matikan api. Siap untuk dinikmati.
**Sukatan tidak diberikan sepenuhnya. Ia berdasarkan banyak mana yang anda ingin buat dan rasa yang anda inginkan.
**Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan, memadailah dengan memasukkan daun kesum dan pucuk paku.
**Anggaran daunan yang digunakan adalah lebih kurang secekak kecuali pucuk paku atau pucuk manis. Lebih banyak lagi sedap.

Selasa, 10 November 2009

Bubur nasi ringkas

Photobucket


Bahan-bahan:

1 genggam beras-dicuci bersih
3 cawan air
1 sudu teh garam
½ cawan isi ayam-dihiris nipis atau boleh juga didadukan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos tiram
2 sudu teh kicap pekat

Bahan hiasan:

Daun sup

Cara-cara:
  1. Masukkan beras, air dan garam dalam satu periuk. Masak hingga menjadi bubur mengikut konsistensi yang anda mahu.
  2. Apabila bubur telah masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam.
  5. Tumiskan sehingga isi ayam empuk sepenuhnya.
  6. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau gaul hingga rata. Tutup api.
  7. Sendukkan bubur ke dalam pinggan dan hidangkan bersama isi ayam yang dimasak tadi. Hiaskan dengan daun sup jika suka.