Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2012

Gulai Ayam Terengganu Style



Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan(dikisar):

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 sudu rempah gulai cap Ros*
1 sudu teh rempah masak cap Ros*
*kalau takde rempah-rempah ni, bolehlah tukarkan kepada rempah kurma

Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam-dipotong, dicuci dan ditoskan
4 sekawan-1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia-dimayang halus/diketuk
1 sudu cili giling
1 sudu susu pekat
2 sudu sos tomato
2 sudu gula merah
2 cawan air
2 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan halia yang dimayang bersama 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili giling. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam. Kacau sebati. Perlahankan api dan tutup periuk untuk 2 minit. 
  • Kemudian masukkan air, susu pekat, sos tomato, gula merah, garam dan kentang. Biar hingga ayam dan kentang masak dengan sempurna. Kacau sekali-sekala. 
  • Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
















Khamis, 27 September 2012

Ayam Masak Pedas


Ayam Masak Pedas

Bahan-bahan:

1/2 kg isi ayam-dipotong kecil
1 labu bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 batang serai-diketuk
2 sudu besar cili kisar
4 sudu sos tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah dan daun bawang untuk hiasan
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau dan tumis hingga naik minyak sekali lagi.
  • Masukkan isi ayam. Gaul rata hingga ayam kecut. Masukkan air dan sos tomato. Gaul rata. 
  • Masukkan garam dan gula. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Kacau sekali-sekala. 
  • Apabila kuah sudah pekat, tutup api.
  • Hidangkan di dalam pinggan dan hiaskan dengan cili merah dan daun bawang.

Selasa, 25 September 2012

Nasi Ayam Nusantara


Nasi Ayam Nusantara

Sumber: Internet(Restoran Pak Amir 2000)
Diolah oleh: Siti

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan beras-direndam 30 minit, kemudian cuci dan toskan
1 ekor ayam-nak potong boleh tak nak potong pon boleh
4 ulas bawang putih-dimayang
1 labu bawang besar-dimayang
1 inci halia-diketuk
Air secukupnya (5-6cawan)
4 ulas bawang putih-ketuk
1 inci halia-ketuk
Garam secukupnya
2-3 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang dan halia yang diketuk. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan garam secukupnya. Renehkan sehingga ayam masak.
  2. Kemudian apabila ayam sudah masak sepenuhnya, keluarkan ayam. Toskan.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Sendukkan air rebusan ayam tadi ke dalam nasi secukupnya. Masukkan juga daun pandan, bawang putih dan halia yang telah diketuk. Tambahkan sedikit garam ke dalamnya. Tanak seperti biasa hingga masak. Apabila nasi masak, gemburkan nasi supaya nasi lerai dan tidak berketul.
Bahan-bahan untuk sup:

Air rebusan ayam tadi
Daun sup-dicincang halus
Daun bawang-dicincang halus

Cara membuatnya:

Taburkan air rebusan tadi dengan dauan sup dan daun bawang. Panaskan jika perlu.

Bahan-bahan untuk ayam:

Ayam yang telah direbus tadi
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu teh madu
1 sudu besar sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan-bahan dan perapkan bersama ayam lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing (sekejap sahaja sebab ayam dah masak). Sekiranya ayam tidak dipotong(goreng sekor terus), pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya bahagian luar ayam garing sekata.
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Apabila hendak menghidang barulah dipotong kepada bahagian yang kecik.
Bahan-bahan untuk sambal cili:
5 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kisar cili merah bersama bawang putih dan halia. Letakkan sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar.
  2. Di dalam periuk sos, masukkan bahan kisar tadi bersama bahan-bahan lain. Reneh sehingga mendidih. Tutup api.
Bahan-bahan untuk sambal kicap:

2-3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 cawan kicap lemak manis
2 sudu air rebusan sup
Garam dan gula secukupnya (jika perlu)

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan sehingga lumat. Siap.

Bahan untuk hiasan:

Daun salad
Timun batang
Buah tomato
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng






Khamis, 14 Jun 2012

Ayam Ala BBQ


Ayam Ala BBQ

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ayam-dicuci bersih dan ditos
1 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
2 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap manis
Halia sebesar ibu jari-ketuk-untuk direbus bersama ayam
3 ulas bawang putih-diketuk-untuk direbus bersama ayam
Halia sebesar ibu jari-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
Garam dan gula secukup rasa/jika perlu

Cara membuatnya:

  • Rebus ayam bersama air, halia, bawang putih dan garam sehingga masak. Kemudian angkat dan toskan.
  • Panaskan oven pada suhu 200C.
  • Satukan semua sos, halia dan bawang putih cincang. Rasakan. Jika tak cukup manis masin bolehlah ditambahkan garam dan gula. Kemudian sapukan pada ayam.
  • Bakar sehingga kulit ayam bertukar keperang-perangan. (lebih kurang 10 minit). Angkat dan hidangkan bersama nasi ayam.

Sabtu, 16 Julai 2011

Ayam Masam Manis


Bahan-bahan:
600g isi ayam*-dipotong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk lada hitam*
1 sudu teh garam*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu besar tepung jagung*

1 labu bawang besar-potong bentuk baji
3 ulas bawang putih-diketuk
1 cawan sos tomato
2 sudu besar sos  cili
2 sudu sos lada hitam
½ cawan air
Garam, gula dan perasa secukup rasa
1 biji lada benggala merah
1 batang daun bawang-dimayang
1 cawan nenas dalam tin-potong kiub
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Satukan bahan bertanda * gaul hingga rata. Goreng hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
  2. Kurangkan minyak di dalam kuali sehingga tinggal sedikit. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos lada hitam. Gaul rata. Masukkan sedikit air(dalam ½ cawan).
  4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong baji dan daun bawang yang dimayang. Gaul rata.
  6. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi bersama nenas. Gaul sehingga semua bahan rata sepenuhnya. Tutup api. Hidangkan di dalam pinggan panas-panas.

Isnin, 26 Julai 2010

Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam yang dipotong kecil
Secekak kacang buncis/kacang panjang-dipotong pendek
1 labu bawang besar-dipotong baji(wedges)
1 batang cili merah-dihiris menyerong
1 sudu serbuk kunyit
Garam
Minyak masak

Cara-cara membuatnya:
  1. Perapkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Biar 5 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Goreng ayam sehingga separuh masak.
  3. Masukkan kacang buncis/ kacang panjang. Gaul dan goreng sehingga masak.
  4. Masukkan secubit garam. Gaul lagi. Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul rata sehingga bawang layu. Tutup api. Siap.

Jumaat, 22 Januari 2010

Ayam Lada Hitam


Bahan-bahan utama:
½ ekor ayam-dipotong kecil
Garam
Tepung jagung

Bahan-bahan lain:
1 labu bawang besar-dipotong 8 bentuk baji(wedges)
2 ulas bawang putih-diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu cili giling
3 sudu sos tomato
Sedikit air (dalam ¼ cawan)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan:
Cili merah atau hijau-hiris halus

Cara-cara membuatnya:
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan tepung jagung. Goreng hingga masak (tapi jangan terlalu garing). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang merah sehingga layu.
  3. Masukkan cili giling . Gaul rata. Masukkan sedikit air. Gaul lagi.
  4. Masukkan sos tomato, lada hitam, garam dan gula. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balik sehingga ayam berpalut dengan kuah lada hitam tadi. Hidangkan dan taburkan cili ke atasnya.

Update:
Sotong digoreng bersama lada hitam juga sedap!








Khamis, 26 November 2009

Kari Ayam Ala Mamak







Bahan-bahan:

1 ekor ayam-dipotong 8 atau 12, dicuci dan ditoskan
1 genggam daun kari
3 ulas bawang merah-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1 inci halia-diketuk
1 batang serai-diketuk
1batang cili merah-dipotong halus
1 sudu biji sawi
Sedikit halba(dalam secubit)
2 sudu penuh rempah kari daging
1 sudu cili giling
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
3 cawan air
2 biji ubi kentang-kupas kulit dan potong 4

4 sekawan:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan daun kari. Kacau seketika, barulah dimasukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, serai dan 4 sekawan. Tumis sehingga layu.
  2. Bancuhkan rempah kari dan cili giling bersama air asam jawa. Masukkan ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga rempah agak kering.
  3. Masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga air ayam keluar. Masukkan kentang.
  4. Masukkan air dan gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Jangan lupa kacau sekali sekala.
  5. Apabila ayam sudah masak, taburkan sedikit halba, kacau dan tutup api. Siap.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Chicken chop

Photobucket


Bahan-bahan untuk black pepper sauce(untuk 7 orang makan):
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 cawan daging cincang
2 ulas bawang putih-ketuk atau cincang
3 batang saleri-potong kecik
1 batang lobak merah-potong dadu
1 tin besar tomato puree
2-3 sudu serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
1 sudu teh tepung jagung

Cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan daging, batang saleri dan lobak merah. Tumis lagi sampai semuanya empuk.
  2. Masukkan tomato puree dan sedikit air(dalam 1/4 cawan). Kacau rata. Biar sampai semunya sebati. Tutup api.
  3. Tapiskan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kemudian masukkan kuahnya ke dalam sauce pot dan masak atas api sekali lagi.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau rata sampai semuanya sebati.
  5. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam sos lada hitam tadi untuk memekatkan sosnya. Kacau dalam 1-2 minit. Tutup api. Ketepikan.
* Bahan yang telah ditapis tadi boleh disimpan dan dimakan dengan spageti atau dijadikan base pada pizza.


Bahan-bahan untuk ayam:
Peha ayam-sukati korang nak buat banyak mana
telur
serbuk roti(panko)
garam
lada sulah/lada hitam
sedikit yogurt asli

Cara-cara:
  1. Peha ayam dibuang tulangnya dan menghasilkan boneless drumstick. 
  2. Bentangkan fillet ayam (jadi macam bentuk rama-rama). Ketuk-ketukkan ayam supaya isinya rata. Perapkan dengan garam, lada sulah/lada hitam dan yogurt selama 1/2 jam.
  3. Celupkan fillet ayam tadi ke dalam telur, kemudian bedakkan dengan panko. Goreng hingga masak dan garing. Pastikan api dikawal dengan baik untuk mengelakkan ayam menjadi hangus.

Hiasan:(optional)
Kentang goreng
Coleslaw
Daun salad

*Kentang goreng, sekiranya hendak buat sendiri,

  1. Kupas kulitnya dan rebus sehingga separuh masak(dalam kondisi keras tak keras, lembik tak lembik). Angkat dan sejukkan.
  2. Potong kentang secara menegak dengan menggunakan pisau geligis(selalu diguna untuk potong agar-agar atau puding) untuk menghasilkan bahagian tepi berlekuk (crinkle).
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Toskan dan siap untuk dihidangkan.






Jumaat, 9 Oktober 2009

Rendang ayam

Photobucket

Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong kecil atau sukati koranglah nak potong beso mane
2 labu bawang besar-dimayang
4 ulas bawang putih-dimayang
Sebesar ibu jari halia- diketuk
Sebesar ibu jari lengkuas-diketuk
3 batang serai-diketuk
4 sudu cili boh atau lebih
sedikit air asam jawa
600ml santan cair
2 sudu besar nyor gula(kerisek)
2 helai daun kunyit-dipotong dan disiat
10 helai daun limau purut-disiat-siat dan dibuang batangnya
1/4 buku nisan kerek(besar punya)-kalo takde guna gula merah
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dimayang, halia, lengkuas dan serai hingga layu. Masukkan cili boh. Kacau sebati.
2. Masukkan nisan kerek. Kacau seketika. Masukkan ayam. Gaul rata. Masukkan santan dan garam. Gaul sebati. Biar hingga ayam masak.
3. Masukkan kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Gaul sebati. Bila kuah sudah pekat dan ayam sudah masak sepenuhnya, tutup api. Siap.



Rabu, 7 Oktober 2009

Tandoori ayam

Photobucket


Bahan-bahan:

1 ekor ayam-potong 4 atau potong 8
8 ulas bawang putih-kisar
1 labu bawang besar-kisar
1 inci halia-kisar
1 inci kunyit hidup-kisar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar rempah kari daging
2-3 sudu besar cili giling
3 batang serai-kisar
6 sudu besar gula
2 sudu besar garam
3-4 sudu besar yogurt asli

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 6 jam.
  2. Bakar hingga masak.