Memaparkan catatan dengan label makanan tradisi Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan tradisi Terengganu. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2012

Gulai Ayam Terengganu Style



Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan(dikisar):

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 sudu rempah gulai cap Ros*
1 sudu teh rempah masak cap Ros*
*kalau takde rempah-rempah ni, bolehlah tukarkan kepada rempah kurma

Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam-dipotong, dicuci dan ditoskan
4 sekawan-1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia-dimayang halus/diketuk
1 sudu cili giling
1 sudu susu pekat
2 sudu sos tomato
2 sudu gula merah
2 cawan air
2 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan halia yang dimayang bersama 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili giling. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam. Kacau sebati. Perlahankan api dan tutup periuk untuk 2 minit. 
  • Kemudian masukkan air, susu pekat, sos tomato, gula merah, garam dan kentang. Biar hingga ayam dan kentang masak dengan sempurna. Kacau sekali-sekala. 
  • Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
















Selasa, 19 Jun 2012

Sotong Sumbat(Ketupat Sotong)


Sotong Sumbat


Bahan-bahannya:

9 ekor sotong-buangkan kulitnya dan cuci bersih, kemudian toskan
1 cawan beras pulut-bersih dan tanak sehingga masak, kemudian sejukkan
3 ulas bawang merah-dimayang halus
Sebuku halia sebesar ibu jari-potong bentuk mancis
3-4 batang serai-diketuk
11/2  liter santan cair
1/2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa-
1 sudu teh halba
pencungkil gigi

*tanak beras dengan sukatan air tinggi sikit pada kadar 1/2  ruas jari daripada paras beras.




Cara membuatnya:

  1. Sumbat pulut yang telah sejuk ke dalam perut sotong. Sumbat jangan sampai penuh. Separuh sahaja. Sematkan dengan pencungkil gigi supaya tak terburai. Buat sampai habis.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan-bahan lain termasuk sotong yang sudah disumbat pulut tadi, kecuali santan pekat dan halba. 
  3. Masak sehingga sotong empuk dan lembut. Kemudian barulah dimasukkan santan pekat dan halba. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api. Siap.

  

Isnin, 28 November 2011

Kayu Keramat II

Bahan-bahan:
2 cawan tepung berprotein tinggi
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar yis segera
1 biji telur
Air
Minyak

Cara:

  • Campurkan semua bahan kering di dalam satu bekas kecuali garam. Gaul rata.
  • Masukkan telur dalam cawan sukatan dan masukkan air. Sukat sampai 150ml.Masukkan garam. Kacau sebati.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah campuran bahan kering tadi. Tuangkan campuran telur+air+garam tadi. Gaul sehingga sebati. Masukkan minyak dalam lebih kurang 2 hingga 3 sudu besar. Uli sampai doh tidak melekat pada tangan.(uli lebih kurang 10 minit).
  • Tutupkan doh dengan kain lembap atau cling wrap. Biarkan doh berehat dan naik sehingga 2 kali ganda(lebih kurang 45-60 minit).
  • Tumbuk doh untuk buang angin. Uli beberapa minit. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Gentel bentuk bantal peluk. Rehatkan doh sekali lagi selama 10 minit. Kemudian goreng menggunakan api perlahan sehingga masak sepenuhnya.


Sabtu, 28 Mei 2011

Ceranang




Bahan-bahan untuk kuah kacang:
Kacang tanah-digoreng dan dimesin halus
Air asam jawa
Gula kasar/gula merah/nisan kerek
Sedikit garam
Sedikit belacan-optional
Cili boh
Air panas


Cara:

  1. Mula-mula masukkan kacang tanah yang telah dihaluskan ke dalam satu bekas. Masukkan air suam sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  2. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul hingga semuanya sebati.
  3. Sedia untuk digunakan.* Untuk kuah tahan lebih lama, bolehlah dimasak seketika di atas dapur.

Bahan sayur-mayur:
Kangkung-dicelur
Kacang panjang-dicelur
Taugeh-dicelur
Tauhu-digoreng
Timun-disagat atau dipotong memanjang macam mancis

Bahan lain:
Telur rebus

**Bahan sayur-mayur adalah optional. Bergantung kepada kesukaan dan apa yang kedapatan di rumah anda.
**Ceranang adalah seakan-akan pecal. Beza ceranang dan pecal adalah penggunaan kencur/cekor.

Rabu, 4 Ogos 2010

Bubur Lambuk

Bahan-bahan:
Daun-daunan: Dipetik dari tangkainya dan dicuci bersih
Daun kaduk-**sedikit sahaja(anggaran 2,3 lai sahaja), banyak nanti mabuk.
Daun dukung anak
Daun kesum
Daun bayam peraksi
Pucuk paku midin
Daun kemangi
Pucuk ubi
Pucuk paku biasa
Pucuk manis

Bahan yang perlu dikisar bersama:

Halia
Bawang merah
Belacan
3-4 ekor ikan selayang/kembung-direbus, ambik isinya
Air rebusan ditapis dan dimasukkan sekali

Bahan lain:
Beras
Santan
Ubi keledek-dikupas kulit dan dipotong kecil
½ camca halba
Lada hitam
Serai-diketuk
Garam dan gula


Daun-daunan yang digunakan untuk membuat bubur lambuk.

Cara-cara membuatnya:
  1. Rebus beras dengan air biasa.  Masukkan serai.
  2. Setelah beras menjadi bubur, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ubi keledek bersama santan. Masukkan sekali lada hitam, garam dan gula. Kacau sentiasa.
  4. Setelah ubi keledek masak sepenuhnya, barulah dimasukkan daun-daunan tadi. Kacau sehingga daun-daunan layu. Masukkan halba. kacau seketika. Matikan api. Siap untuk dinikmati.
**Sukatan tidak diberikan sepenuhnya. Ia berdasarkan banyak mana yang anda ingin buat dan rasa yang anda inginkan.
**Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan, memadailah dengan memasukkan daun kesum dan pucuk paku.
**Anggaran daunan yang digunakan adalah lebih kurang secekak kecuali pucuk paku atau pucuk manis. Lebih banyak lagi sedap.

Jumaat, 25 Jun 2010

Karipap Ikan



Bahan-bahan untuk pastri:
(Menghasilkan lebih kurang 20-30 bijik karipap)

2½ cawan tepung gandum
3 sudu marjerin-cairkan dan sejukkan
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata. Buat lubang di tengahnya. Tuangkan marjerin cair di tengah lubang itu. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Tuangkan air sedikit-sedikit sambil diadun sehingga menghasilkan doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan.
  3. Tutup dengan tuala lembap atau cling wrap. Rehatkan selama ½ jam.
  4. Canaikan doh dan terap bentuk bulat. Masukkan inti dan kelim.
  5. Goreng dengan api perlahan.





Bahan-bahan untuk inti (serunding ikan):

4 ekor ikan selayang (sardin) segar- rebus dan ambik isinya. Tumbuk hingga lumat.
Air rebusan ikan(dalam secawan)-tapis
5-6 ulas bawang merah-ditumbuk halus
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
½ cawan santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
1 camca lada hitam
¼ camca teh halba
1 labu bawang besar-potong dadu

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali bawang besar dan halba). Kacau sentiasa hingga sedikit kering (tetapi masih lembap).
  2. Apabila sudah kering, keluarkan serai dan asam gelugur. Masukkan bawang besar dan halba. Kacau sehingga bawang layu dan sebati. Matikan api dapur.
  3. Sejukkan.

    Jumaat, 9 Oktober 2009

    Nasi Dagang

    Photobucket

    Bahan-bahan:
    3 cawan beras biasa
    ¼ cawan beras pulut
    1½ cawan santan cair
    3/4 cawan santan pekat
    5 ulas bawang merah-dimayang halus
    ½ inci halia-dihiris kecil seperti mancis
    sedikit halba
    ½ sudu  gula
    Garam


    Cara:
    1. Basuh beras. Rendam kedua-dua beras semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
    2. Selepas semalaman, sediakan periuk pengukus. Rebus air hingga mendidih.
    3. Buang air rendaman beras, basuh dan masukkan ke dalam periuk pengukus yang dialas dengan daun pisang(kalau takde daun pisang, boleh guna kain jarang yang bersih). Tak perlu ditos beras tu. Kukus sampai separuh masak, lebih kurang 20 minit.
    4. Bila sudah separuh masak, keluarkan nasi dan masukkan ke dalam besen yang sudah diisi dengan santan cair. Arong(istilah bagi gaul nasi tadi dengan santan) hingga sebati.
    5. Masukkan kembali nasi separuh masak tadi ke dalam pengukus dan kukus sampai masak.
    6. Adun santan pekat bersama garam dan gula.
    7. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan pekat sampai sebati dan mesra. Taburkan bawang merah, halia dan halba. Gaul rata. Padat-padatkan dengan menggunakan *daun pisang. Tutup nasi dengan daun pisang seketika. Kemudian, boleh dihidangkan.
    * Kegunaan daun pisang adalah untuk menghasilkan efek berkilat pada nasik dagang.

      Gulai nasi dagang(untuk 4 orang makan)

      Bahan untuk direbus bersama(mati air):
      Beberapa keping ikan tongkol
      2-3 keping asam gelugur aka asam keping
      Air
      Sedikit garam

      Bahan yang dimayang halus/dilumatkan:
      1 sudu rempah gulai nasi dagang
      10 ulas bawang merah
      1 inci halia
      2 hiris lengkuas

      Bahan lain:
      Santan cair-lebih kurang dalam 1 cawan
      Santan pekat-lebih kurang ½ cawan
      Air rebusan ikan tongkol
      Garam, gula, secukup rasa
      1 keping asam gelugor
      4-5 bijik cili padi,
      1-2 bijik belimbing buluh
      ½ sudu teh halba
      Cili giling

      Cara:
      1. Bersihkan ikan dan rebus(kat ganu called this process as mati air) sampai ikan masak. Tutup api. Keluarkan ikan dan sejukkan.
      2. Didihkan pati santan(santan pekat) di dalam periuk sehingga pecah minyak. Kacau selalu.
      3. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi bersama asam gelugor dan santan cair. Gaul rata. Masukkan air rebusan ikan tadi. Masak hingga mendidih.
      4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. 
      5. Masak sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
      6. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling hingga naik minyak. Tutup api, tuangkan cili giling tumis (sekali dengan minyak) tadi ke dalam periuk berisi gulai nasi dagang tadi. Kacau rata. Masukkan cili padi(tak perlu ketuk, biar sebijik gitu)dan ikan yang telah siap direbus tadi. Biarkan gulai mendidih, masukkan halba. Kacau seketika, tutup api. Siap.

      Bahan sampingan:
      Acar timun






      Nasi minyak hujan panas

      Photobucket

      Bahan-bahan:
      3 cawan beras basmathi-basuh dan toskan
      3 ½ cawan  air
      1 batang kulit kayu manis
      3 kuntum bunga cengkih
      3 biji buah pelaga
      1 kuntum bunga lawang
      4-5 ulas bawang merah-mayang halus
      1/4 cawan susu segar/susu cair
      1/4 cawan sos tomato
      garam secukup rasa
      2 helai daun pandan-disiat-siat dan disimpulkan
      Pewarna
      Bahan yang dilumatkan:
      2 ulas bawang putih
      Sebesar ibu jari halia

      Cara:
      1. Tumis bawang merah yang dimayang bersama-sama dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan yang dilumatkan. Tumis sampai layu.
      2. Masukkan beras dan daun pandan. Gaul sebati. Masukkan susu segar/susu cair dan sos tomato. Gaul lagi hingga semuanya sebati dan mesra.
      3. Masukkan air. Perasakan dengan garam. Gaulkan seketika. Tunggu hingga nasi masak.
      4. Bila nasi sudah masak, gembur-gemburkan nasi. Pilihkan 2,3 jenis pewarna kesukaan anda. Renjiskan 1,2 titik pewarna di satu bahagian nasi. Kemudian, renjiskan pewarna yang lain pula di bahagian lain nasi. Gembur-gemburkan nasi sekali lagi. Siap.

      Gulai Daging/Kurma Terengganu




      Photobucket


      Bahan-bahan yang dilumatkan bersama:
      10-15 ulas bawang merah
      5 ulas bawang putih
      Sebesar ibu jari halia
      3 sudu rempah kurma

      Bahan-bahan lain:
      600g daging-dihiris melintang ira daging. Hiris nipis dan kecil. Perapkan bersama bahan yang dilumatkan.
      5 ulas bawang merah-mayang halus
      1 batang kulit kayu manis
      3 kuntum bunga cengkih
      3 biji buah pelaga
      2 sudu cili boh/cili kering kisar
      ¼ kerek manisan/gula melaka/gula merah secukup rasa
      ½ senduk susu cair
      ½-1 senduk sos tomato
      garam secukup rasa
      segenggam bawang goreng
      Air secukupnya
      2 helai daun pandan-disiat-siat dan disimpul

      Cara:
      1. Tumiskan bawang merah yang dimayang bersama-sama dengan 3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih). Tumis hingga bawang kekuningan.
      2. Masukkan daging yang telah diperapkan bersama bahan yang dilumatkan tadi. Kacau rata. Masukkan cili boh. Kacau lagi. Masukkan daun pandan. Tutupkan periuk. Biarkan seketika-biar air daging keluar.
      3. Bila agak-agak nak kering, masukkan susu cair, sos tomato, manisan dan garam. Gaul sebati. Masukkan air (hingga takat tenggelam daging). masakkan hingga daging empuk. (Kalau dah kering, daging tak empuk lagi, tambahkan air).
      4. Bila daging dah empuk, ramaskan bawang goreng dan masukkan ke dalam gulai tadi. Kacau sebati. Rasa. Jika semua rasa sudah lengkap (manis, masam, masinnya) tutup api. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
      Acar



      Bahan-bahan:
      1 batang timun- dipotong memanjang (macam bentuk mancis)
      ½ batang lobak merah-dipotong sama macam timun, halus-halus atau boleh juga disagat
      2 ulas bawang merah-mayang halus
      1 batang cili merah-potong nipis
      garam, gula dan cuka secukup rasa
      ½ sudu kapur makan dan dibancuhkan dengan air

      Cara:
      1. Rendamkan lebih kurang ½ jam timun yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan air kapur tadi. Kemudian basuh bersih dan toskan. Tujuan: Untuk merangupkan timun.
      2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Gaul hingga semuanya sebati. Biarkan seketika sebelum dinikmati bersama nasi minyak.




















      Ghopa(kuih dadar berlauk)



      Dari kecik sampai besar, memang kuih ni kitorang adik-beradik suka makan. Tak pernah jemu. Mak kitorang sekali buat, banyak. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Rasa nak makan jer, keluarkan, pastu goreng. Kalo kat Ganu, orang Ganu panggil kuih dadar berlauk ni sebagai 'ghopa'. Korang jangan le tanya nape orang panggil gitu sebab aku sendiri pun tak tahu. Hubby aku lagilah dulu masa baru kawin ngan aku dia panggil kuih ni Kuih Gopal. Lagi haru.

      Kuih dadar berlauk

      Bahan untuk batter:
      1 biji telur
      2 cawan tepung gandum
      3 cawan air
      sedikit garam dan lada sulah

      Cara:
      1. Satukan semua bahan ke dalam food processor atau blender. Putar sampai sebati.
      2. Tapiskan ke dalam satu mangkuk. Biar seketika lebih kurang 10 minit sebelum digunakan.

      Bahan untuk inti:
      600 g daging (apa-apa daging pun boleh-yang paling best daging lombu ler...)- didadu kurang 1 cm²)
      15 ulas bawang merah
      5 ulas bawang putih
      sebesar ibu jari halia
      Sebatang kulit kayu manis
      3 biji buah pelaga
      3 kuntum bunga cengkih
      1 sudu kecil lada hitam
      1 sudu besar cili boh
      4 sudu besar rempah kurma
      1 batang cili merah
      2 sudu sos tomato
      3 susu susu cair/susu segar
      Sedikit air
      5-6 biji ubi kentang- dikupas kulit dan dipotong dadu (1cm²)
      5-6 biji bawang besar- dipotong dadu (1 cm²)
      garam dan gula(manisan) secukup rasa

      Cara:
      1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan lada hitam, cili boh, rempah kurma dan cili merah hingga lumat. Perapkan daging bersama rempah yang dikisar tadi dan kulit kayu manis, cengkih dan pelaga. Perap lebih kurang sejam.
      2. Selepas sejam, panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga rata. Tutupkan kuali.
      3. Kemudian, masukkan air, sos tomato, susu, garam dan gula. Gaul seketika. Biar hingga daging separuh empuk atau hampir empuk. Kacau sekali sekala.
      4. Bila daging sudah hampir empuk dan air separuh kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati. Masak hingga kentang dan daging empuk sepenuhnya. Rasakan. Tambah apa-apa yang patut jika kurang. Kemudian, masukkan bawang besar dadu. Gaul hingga bawang besar tadi layu. Tutup api. Sejukkan.







      Cara untuk membuat kuih dadar berlauk:
      1. Dadarkan bancuhan tepung tadi dengan menggunakan non-stick pan. Sebelum tu lengserkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tutup permukaan pan hingga dadar masak.
      2. Letakkan inti daging tadi. Gulung atau lipat kemas-kemas. Ulang langkah 1 dan 2 ini sampai habis.
      3. Goreng sekali lagi kuih dadar yang sudah siap digulung hingga garing. Guna sedikit minyak dan goreng di dalam non-stick pan. Siap.











      Laksa Kuah Putih(Laksa Terengganu)

      Photobucket


      Bahan utama:
      Laksa basah

      Bahan-bahan untuk kuah laksa:
      1 biji kelapa-ambil santannya
      Garam, gula secukup rasa
      1 biji limau nipis

      Bahan yang perlu ditumbuk:
      7-8 ulas bawang merah
      Lada hitam
      Sedikit belacan
      6-7 ekor ikan selayang(sardin)-rebus dan ambil isinya
      *kalo boleh perah santan dengan menggunakan air panas supaya kuah tahan lama.

      Bahan ulam-ulaman:(hiris halus)
      Daun kesum
      Daun kemangi(optional)
      Daun selasih
      Kacang panjang
      Timun
      Taugeh-tak perlu celur
      Cili giling

      Cara:
      1. Masukkan santan dan semua bahan tumbuk ke dalam periuk.
      2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Panaskan santan tapi jangan sampai mendidih/menggelegak.
      3. Kacau sentiasa. Agak-agak dah panas, tutup api. Perahkan limau nipis ke dalam kuah laksa tadi.
      4. Letakkan sedikit laksa basah ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa dan taburkan dengan ulam-ulaman. Letakkan sedikit cili giling untuk menambahkan rasa pedas. Siap untuk dihidangkan.
      p/s: Kuah laksam juga dimasak dengan cara yang sama tinggal lagi laksa ditukar dengan laksam.

      Pulut Gaul Nyor

      Photobucket


      Bahan-bahan:

      500g beras pulut direndam semalaman
      1/2 biji kelapa parut-ambik putihnye saja
      garam dan gula secukup rasa
      ikan bilis atau ikan masin -digoreng
      sedikit beras pulut-disangai

      Cara:
      1. Kukus atau tanak beras pulut sampai masak.
      2. Kepalkan pulut yang dah dimasak dan buat bebola sebesar bola golf. Gaulkan dengan kelapa yang telah dimesrakan dengan garam dan gula.
      3. Hidangkan bersama ikan bilis goreng dan taburkan beras pulut sangai ke atasnya.




      Roti Keramat (@kayu keramat)

      Photobucket


      Bahan-bahan A:
      230g tepung gandum berprotein tinggi
      5 sudu besar gula
      1 sudu besar yis kering(mauripan)
      2 sudu besar susu tepung
      3 sudu besar tepung naik sendiri(SRF)
      1 sudu teh pelembut roti-optional
      1 sudu teh pemantap roti-optional
      ¾ sudu teh garam

      Bahan B:
      1 biji telur
      65ml-80ml air
      Bahan C:
      2 sudu besar marjerin atau minyak sayuran

      Cara :
      1. Masukkan bahan-bahan A kecuali garam ke dalam satu bekas. Gaul kemudian baru masukkan garam.
      2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
      3. Masukkan marjerin atau minyak sayuran. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
      4. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung . Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
      5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
      6. Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
      7. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
      8. Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil satu, dan canai 4 segi tepat setebal 1cm, dan lebarnya lebih kurang 3 inci. Potong memanjang lebar setiap satu 1 inci.
      9. Ikut langkah yang sama kepada 2 bahagian lagi. Biarkan seketika(lebih kurang 10 minit) sebelum menggoreng.
      10. Tarik-tarikkan doh sebelum masukkan ke dalam kuali dan goreng menggunakan api perlahan supaya tidak mudah hangus dan bahagian dalamnya masak sepenuhnya.
      11. Biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.


      Photobucket