Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan

Selasa, 25 September 2012

Nasi Goreng Sambal Belacan


Nasi Goreng Sambal Belacan

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang merah-mayang atau tumbuk kasar
3 ulas bawang putih-mayang atau tumbuk kasar
2 sudu sambal belacan
garam secukup rasa
1/2 cawan udang kertas-dikupas kulit, dicuci dan ditos
1/2 cawan kacang panjang-dipotong pendek (1cm)
Minyak untuk menumis

Untuk hiasan:
Cili merah-potong serong
Sedikit daun kucai-dicincang kasar
2,3 kepingan timun batang

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan. Tumis lagi hingga agak garing. Masukkan kacang panjang dan udang. Kacau rata  sehingga udang masak sepenuhnya. 
  3. Masukkan nasi dan garam. Kacau nasi hingga rata. Masak sehingga nasi bergaul sebati dan mesra sepenuhnya dengan bahan-bahan lain. Tutup api.
  4. Cedukkan ke dalam pinggan. Taburkan cili merah dan daun kucai. Susunkan kepingan timun. Siap.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Udang Masak Lemak Cili Api ala Nogoghi

Photobucket

Bahan-bahan:
300 g udang basah/ikut suka
lebih kurang segenggam cili api
1 batang serai-diketuk
1-2 helai daun kunyit
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
garam dan perasa
700ml santan cair
100ml santan pekat
1 batang cili merah-dipotong menyerong

Cara:
  1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama santan cair dan serai. Gaul rata. Masukkan asam keping dan daun kunyit .
  3. Masukkan garam dan perasa, udang basah dan santan pekat. Kacau sentiasa hingga kuah mendidih. Tutup api. Siap.