Memaparkan catatan dengan label Masakan Cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Cina. Papar semua catatan

Isnin, 22 Oktober 2012

Siew Pak Choy Masak Sos Tiram


Siew Pak Choy Masak Sos Tiram

Bahan-bahannya:

3-4 pokok sayur siew pak choy-potong kecil
1/2 cawan isi ayam
1-2 sudu sos tiram
1 kiub stok ayam
1 sudu teh tepung jagung(dibancuhkan dengan sedikit air)
Gula secukup rasa(optional)- dalam 1sudu teh
1 cawan air
2 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang putih-dicincang halus-goreng sehingga kekuningan dan sedikit garing, angkat dan ketepikan
1 batang cili merah-dicincang kasar
Minyak untuk menumis
*kalau ada cendawan pon boleh masukkan. Lagi sedap.

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih ketuk sehingga naik bau. 
  2. Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan hingga ayam masak. Masukkan 1 cawan air. Biar mendidih.
  3. Apabila mendidih, masukkan sos tiram, stok ayam dan gula. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sayur siew pak choy (batangnya dahulu, setelah beberapa ketika barulah dimasukkan daunnya). 
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi ke dalamnya. Kacau hingga kuah pekat. 
  6. Hidangkan di dalam pinggan. Taburkan bawang putih cincang yang telah digoreng tadi dan hiaskan bersama cili merah.

Selasa, 25 September 2012

Nasi Ayam Nusantara


Nasi Ayam Nusantara

Sumber: Internet(Restoran Pak Amir 2000)
Diolah oleh: Siti

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan beras-direndam 30 minit, kemudian cuci dan toskan
1 ekor ayam-nak potong boleh tak nak potong pon boleh
4 ulas bawang putih-dimayang
1 labu bawang besar-dimayang
1 inci halia-diketuk
Air secukupnya (5-6cawan)
4 ulas bawang putih-ketuk
1 inci halia-ketuk
Garam secukupnya
2-3 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih mayang, bawang besar mayang dan halia yang diketuk. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan garam secukupnya. Renehkan sehingga ayam masak.
  2. Kemudian apabila ayam sudah masak sepenuhnya, keluarkan ayam. Toskan.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Sendukkan air rebusan ayam tadi ke dalam nasi secukupnya. Masukkan juga daun pandan, bawang putih dan halia yang telah diketuk. Tambahkan sedikit garam ke dalamnya. Tanak seperti biasa hingga masak. Apabila nasi masak, gemburkan nasi supaya nasi lerai dan tidak berketul.
Bahan-bahan untuk sup:

Air rebusan ayam tadi
Daun sup-dicincang halus
Daun bawang-dicincang halus

Cara membuatnya:

Taburkan air rebusan tadi dengan dauan sup dan daun bawang. Panaskan jika perlu.

Bahan-bahan untuk ayam:

Ayam yang telah direbus tadi
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu teh madu
1 sudu besar sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan-bahan dan perapkan bersama ayam lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing (sekejap sahaja sebab ayam dah masak). Sekiranya ayam tidak dipotong(goreng sekor terus), pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya bahagian luar ayam garing sekata.
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Apabila hendak menghidang barulah dipotong kepada bahagian yang kecik.
Bahan-bahan untuk sambal cili:
5 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kisar cili merah bersama bawang putih dan halia. Letakkan sedikit air untuk memudahkan bahan dikisar.
  2. Di dalam periuk sos, masukkan bahan kisar tadi bersama bahan-bahan lain. Reneh sehingga mendidih. Tutup api.
Bahan-bahan untuk sambal kicap:

2-3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 cawan kicap lemak manis
2 sudu air rebusan sup
Garam dan gula secukupnya (jika perlu)

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan sehingga lumat. Siap.

Bahan untuk hiasan:

Daun salad
Timun batang
Buah tomato
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng






Jumaat, 13 Januari 2012

Prawn Pie



Bahan-bahan:

4 keping tauhu-digoreng separuh garing(tak perlu dipotong)
½ cawan isi udang-dicincang /dikisar halus
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

  • Satukan isi udang bersama garam, lada sulah dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
  • Potong sekeping tauhu yang telah digoreng tadi menjadi dua bahagian. Korek sedikit isinya dan campurkan isinya bersama-sama dengan campuran isi udang tadi. Gaul sebati.
  • Sumbatkan campuran isi udang itu ke dalam tauhu dan ratakan. Buat langkah ini kepada kepingan tauhu yang lain.
  • Panaskan minyak dan goreng tauhu yang telah siap disumbat dengan campuran isi udang tadi sehingga campuran udang masak sepenuhnya.
  • Apabila telah masak sepenuhnya, angkat dan hidangkan. Prawn Pie ini enak dimakan bersama sos cili Thai atau sos yong tau foo ataupun boleh juga dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.

Sabtu, 16 Julai 2011

Ayam Masam Manis


Bahan-bahan:
600g isi ayam*-dipotong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk lada hitam*
1 sudu teh garam*
1 cawan tepung gandum*
1 sudu besar tepung jagung*

1 labu bawang besar-potong bentuk baji
3 ulas bawang putih-diketuk
1 cawan sos tomato
2 sudu besar sos  cili
2 sudu sos lada hitam
½ cawan air
Garam, gula dan perasa secukup rasa
1 biji lada benggala merah
1 batang daun bawang-dimayang
1 cawan nenas dalam tin-potong kiub
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Satukan bahan bertanda * gaul hingga rata. Goreng hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
  2. Kurangkan minyak di dalam kuali sehingga tinggal sedikit. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos lada hitam. Gaul rata. Masukkan sedikit air(dalam ½ cawan).
  4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong baji dan daun bawang yang dimayang. Gaul rata.
  6. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi bersama nenas. Gaul sehingga semua bahan rata sepenuhnya. Tutup api. Hidangkan di dalam pinggan panas-panas.

Jumaat, 22 Januari 2010

Ayam Lada Hitam


Bahan-bahan utama:
½ ekor ayam-dipotong kecil
Garam
Tepung jagung

Bahan-bahan lain:
1 labu bawang besar-dipotong 8 bentuk baji(wedges)
2 ulas bawang putih-diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu cili giling
3 sudu sos tomato
Sedikit air (dalam ¼ cawan)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan:
Cili merah atau hijau-hiris halus

Cara-cara membuatnya:
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan tepung jagung. Goreng hingga masak (tapi jangan terlalu garing). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang merah sehingga layu.
  3. Masukkan cili giling . Gaul rata. Masukkan sedikit air. Gaul lagi.
  4. Masukkan sos tomato, lada hitam, garam dan gula. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balik sehingga ayam berpalut dengan kuah lada hitam tadi. Hidangkan dan taburkan cili ke atasnya.

Update:
Sotong digoreng bersama lada hitam juga sedap!








Rabu, 21 Oktober 2009

Twin Happiness

Photobucket

Bahan-bahan :
100gm isi ayam-potong kecil
250gm sotong-dibelah memanjang dan dikelar seperti tikar. Rendamkan dalam air panas seketika
150gm cendawan shitake
150gm cendawan butang-potong nipis
5 batang putik jagung-belah 2
150gm lobak merah-potong nipis
150gm bunga kobis-potong kecil
50gm gajus
*sotong boleh juga diganti dengan makanan laut yang lain

Bahan-bahan A(diperap 10 minit bersama isi ayam):
½ sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
secubit garam
sedikit lada sulah
½ sudu besar minyak bijan

Bahan-bahan B(untuk tumis):
1 inci halia-cincang halus
3 ulas bawang putih-cincang halus
6 tangkai cili kering-cuci dan dipotong
minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan C(dibancuh):
1½ sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/4 sudu kecil lada sulah
sedikit air

Bahan D(pemekat):
1 sudu tepung jagung
3 sudu air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap selama 10 minit. Masukkan cendawan.
  3. Tumis sampai wangi dan ayam masak.
  4. Masukkan sotong, putik jagung, lobak merah dan bunga kobis. Gaul sebati.
  5. Masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.
  6. Masukkan bahan D. Kacau sebentar dan tutup api. Siap.







Selasa, 20 Oktober 2009

Nasi Goreng Ala kantonis

Photobucket

Sumber: TryMasak

Bahan-bahan:
6 cawan nasi
1 ketul dada ayam - didadu kecil
1/2 biji bawang besar - dihiris kecil
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang - dipotong kasar
2 sudu besar kicap manis
5 biji cili merah - dicincang kasar
sedikit daun ketumbar - dicincang kasar2 cawan sayur campur
5 biji telur - dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
Minyak untuk menumis


Cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit layu.
  2. Masukkan isi ayam dan gaul sebati. Taburkan garam secukup rasa, gaul rata supaya sebati semuanya.
  3. Masukkan nasi, dan gaul rata.
  4. Masukkan kicap manis, minyak bijan, daun ketumbar dan sayur campur.
  5. Selepas itu, masukkan telur, diikuti dengan daun bawang. Gaul hingga nasi sebati dan bersalut rata dengan telur.
    Hidang bersama telur mata dan kicap cili potong.