Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan

Jumaat, 23 November 2012

Roti Jala Dan Serawa Durian


Roti Jala

Bahan-bahannya:
1 biji telur 
2 cawan tepung gandum 
3 cawan air garam secukup rasa 
1 sudu minyak masak-optional 
pewarna 

Cara-cara membuatnya: 

Blend semua bahan dalam mixer/blender. Tuangkan ke dalam mangkuk. Perap 10 minit sebelum digunakan. Masukkan ke dalam acuan roti jala dan canaikan di atas non-stick pan. Gunakan api perlahan. Biarkan roti jala masak dalam 1 minit. Angkat dan bentangkan di atas pinggan dan guling/lipat.



Serawa Durian/Pengat durian

Bahan-bahannya:
2 cawan durian
2½ cawan air
80ml santan kotak
½ cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan-carik-carikkan dan simpul
2 sudu sagu biji-direndam terlebih dahulu

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan durian. Didihkan di atas api hingga durian lembut.
  2. Masukkan daun pandan, santan, gula merah, gula pasir, sagu biji dan garam. Masakkan dengan api perlahan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah minyak. (Rasakan. Kalau kurang manis, bolehlah tambahkan gula pasir ke dalamnya).
  3. Apabila telah mendidih, tutup api. Kacaukan  lagi dalam seminit. Siap.

Jumaat, 15 Jun 2012

Agar-agar Buah Prun



Agar-agar Buah Prun
Sumber: Puan Wan Radziah(mak saya)
Bahan-bahannya:
10 gm serbuk agar-agar segera
4 1/2 gelas air
1 1/2 cawan gula kasar
1/2 sudu teh esen ros

Bahan kisar:
1/2 tin susu cair
2 cawan buah prun
3 biji telur


Cara membuatnya:

  1. Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Didihkan sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya. 
  2. Masukkan gula. Kacau hingga larut. Masukkan bahan kisar. Gunakan api kecil. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Biarkan mendidih selama 10 minit. Tutup api.
  3. Tunggu sehingga separuh sejuk, barulah titiskan esen ros. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan ke dalam peti ais. Biarkan ia mengeras dan menyejuk sebelum dihidangkan.


Jumaat, 18 November 2011

Agar-agar Berkuah Kastad + Koktel


Bahan untuk agar-agar:
25 gram agar-agar jalur
1250 ml air
150 ml susu cair
2 senduk gula atau secukupnya
1 sudu teh esen vanila
Warna kesukaan

Cara membuatnya:

  • Rebus agar-agar bersama dengan air hingga larut. Masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan susu cair. Kacau. Masukkan pewarna. Kacaukan sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan esen vanila dan gaul hingga sebati.
  • Tuangkan larutan agar-agar ke dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan hingga agar-agar keras sepenuhnya.
Bahan-bahan untuk kuah kastad:
Baki susu cair dalam tin tadi
2 cawan air
2 sudu tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
1 hingga 1½ senduk gula (mengikut kesukaan)

Cara membuatnya:
  • Bancuhkan 3 sudu susu cair dan tepung kastad. Pastikan larut sepenuhnya dan tidak bergentel.
  • Masukkan susu cair yang selebihnya bersama air ke dalam periuk. 
  • Masukkan gula dan kacau hingga larut. Masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastad tadi. (Kalau boleh tapiskan untuk mengelakkan tepung bergentel). Kacau sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan esen vanilla. Sejukkan. Hidangkan agar-agar bersama kuah kastad ini dan taburkan koktel buah-buahan. (Agar-agar berkuah kastad ini lebih enak dihidangkan sejuk).
Bahan-bahan lain: 
Koktel buah-buahan.