Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Bendi Masak Asam Pedas Tomyam


Bendi Masak Asam Pedas Tomyam

Bahan-bahannya(ditumbuk halus):

5 ulas bawang merah
1 inci halia
sedikit belacan

Bahan-bahan lain:

1 sudu teh halba campur
1 sudu cili giling
1 sudu pes tomyam
sedikit air asam jawa
2 1/4 cawan air
2 sudu gula merah
1 sudu teh serbuk kunyit
10-12 batang kacang bendi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk bersama halba campur hingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling, pes tomyam dan serbuk kunyit. Kacau sebati. Tumis lagi hingga naik minyak. *Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan gula merah. Gaul rata. Kemudian masukkan air dan air asam jawa. Gaul sebati. 
  4. Masukkan bendi dan garam. Masak hingga mendidih dan bendi masak sepenuhnya. Tutup api. Hidangkan.


Khamis, 1 November 2012

Masak Lemak Bersama Taugeh, Fucuk dan Suun



Masak Lemak Taugeh, Fucuk dan Suun

Bahan-bahannya:
1 cawan taugeh-dicuci dan ditoskan
3,4 keping fucuk-dipotong kecil, direndam hingga lembut
1 genggam suun-direndam hingga lembut
1 1/2 cawan santan cair
1/4 cawan santan pekat
1 labu bawang besar-dipotong baji
1/2 cawan ikan bilis-ditumbuk halus
1 sudu teh lada serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
Cili merah-untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Satukan santan cair, bawang besar dan ikan bilis tumbuk ke dalam periuk. Panaskan.
  2. Apabila santan hampir mendidih, masukkan fucuk dan suun. 
  3. Apabila fucuk dan suun lembut sepenuhnya, masukkan taugeh, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau rata.
  4. Masukkan santan pekat bersama cili merah. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api. Siap.

Isnin, 22 Oktober 2012

Siew Pak Choy Masak Sos Tiram


Siew Pak Choy Masak Sos Tiram

Bahan-bahannya:

3-4 pokok sayur siew pak choy-potong kecil
1/2 cawan isi ayam
1-2 sudu sos tiram
1 kiub stok ayam
1 sudu teh tepung jagung(dibancuhkan dengan sedikit air)
Gula secukup rasa(optional)- dalam 1sudu teh
1 cawan air
2 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang putih-dicincang halus-goreng sehingga kekuningan dan sedikit garing, angkat dan ketepikan
1 batang cili merah-dicincang kasar
Minyak untuk menumis
*kalau ada cendawan pon boleh masukkan. Lagi sedap.

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih ketuk sehingga naik bau. 
  2. Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan hingga ayam masak. Masukkan 1 cawan air. Biar mendidih.
  3. Apabila mendidih, masukkan sos tiram, stok ayam dan gula. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sayur siew pak choy (batangnya dahulu, setelah beberapa ketika barulah dimasukkan daunnya). 
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi ke dalamnya. Kacau hingga kuah pekat. 
  6. Hidangkan di dalam pinggan. Taburkan bawang putih cincang yang telah digoreng tadi dan hiaskan bersama cili merah.

Khamis, 6 September 2012

Kerabu Sotong


Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

5 ekor sotong 
1 labu bawang besar(mayang halus) 
1 biji tomato(potong dadu) 
daun ketumbar(cincang kasar) 
1-2 sudu sos ikan
cili padi(potong halus)
1 batang serai(mayang halus) 
1-2 biji limau kasturi/nipis-mengikut kesukaan 
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:



  • Rebus air hingga mendidih, masukkan sotong. Lepas 2 minit tutup api. Keluarkan sotong dan hiris nipis. 
  • Masukkan bahan-bahan lain. Gaul rata.  Rasakan sebelum letak garam. Sebab kita dah guna sos ikan yang dah ada rasa masin.
  • Kemudian perahkan limau kasturi/ nipis. Gaul sebati. Siap

Jumaat, 1 Julai 2011

Terung Temperah





Bahan-bahannya:
3 biji terung panjang-dipotong 2 dan dibelah
1 labu bawang besar-dipotong cincin
3 ulas bawang putih-dicincang atau diketuk
1 batang cili merah/hijau
3 sudu kicap
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis



Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Goreng terung hingga masak. Kemudian diangkat dan diketepikan dahulu. 
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar. Tumis hingga bawang layu. 
  3. Masukkan kicap, garam, gula dan   sedikit air. Kacau sebati. Masukkan terung yang digoreng tadi bersama cili merah/hijau. Gaul hingga mesra dan tutup api. Hidangkan.

Khamis, 22 Julai 2010

Sayur Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:
1 ikat kacang panjang-potong pendek
1 cawan jagung muda/putik jagung
2 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis-direndam seketika
5-6 biji cili padi
1 cawan santan pekat(pati perahan pertama)
1½ cawan air
Garam
1 sudu serbuk kunyit

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumbuk bawang merah, ikan bilis dan cili padi sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama kacang panjang dan jagung muda. Masukkan serbuk kunyit,  air(1½ cawan) dan sedikit santan pekat (dalam 3 sudu). Renehkan bersama sehingga sayur empuk.
  2. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masukkan baki santan pekat tadi. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Siap.

Jumaat, 21 Mei 2010

Terung Sambal


Bahan-bahan:

2 biji terung-dipotong dan dibelah 2
6 batang cili merah-dipotong kecil dan dikisar
3 ulas bawang merah-dimayang halus
2 ulas bawang putih-dimayang halus
sedikit air asam jawa(dalam sesudu)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng terung hingga lembut. Ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Masukkan cili merah yang dikisar tadi. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga cili merah masak sepenuhnya.
  4. Susun terung yang telah digoreng tadi di dalam pinggan. Siramkan sambal cili ini ke atas terung. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 28 Disember 2009

Nangka Muda Masak Lemak


Bahan-bahan(ditumbuk atau dikisar kering):
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia-sebesar ibu jari
Kunyit hidup-sebesar 2 ibu jari atau boleh juga gunakan kunyit serbuk
Cili padi-banyaknya mengikut selera kepedasan anda sendiri
1-2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan lain:
Nangka muda-dicuci, dipotong kecil dan direbus hingga empuk
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan cair
½ cawan santan pekat(kepala santan)

Cara-caranya:
  1. Masukkan santan cair dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Didihkan. Kacau sekali-sekala.
  2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. *Gula sekadar untuk memancing rasa.
  3. Masukkan nangka muda yang telah direbus tadi. Gaul rata. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.

Rabu, 25 November 2009

Sayur Campur Ala Kemboja

Photobucket

Sumber: Rasa Halal Orient Kemboja(Astro Oasis)

Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah-cincang kasar
2 ulas bawang putih-cincang kasar
Putik jagung-dibelah 2
Lobak merah-dipotong memanjang-*lobak takde, aku ganti ngan kailan
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Capsicum-dipotong kecil
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
*aku tambah sedikit isi ayam
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam(kalau guna isi ayam), putik jagung dan lobak merah atau kailan. Kacau goreng seketika.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau goreng sehingga semuanya empuk.
  4. Masukkan sos cili dan gula. Gaul rata. Masukkan capsicum. Gaul seketika. (Rasakan. Kalau belum cukup masin, masukkan garam.)Tutup api. Siap.

Rabu, 11 November 2009

Kacang Botor Goreng Cendawan

Photobucket

Bahan-bahan:

Kacang botor-dihiris serong(suka hati nak banyak mana)
½ cawan cendawan butang-bersihkan dan hiris nipis
½ cawan isi ayam-dihiris nipis
1 labu bawang besar-dihiris separuh bulat
2 ulas bawang putih-diketuk
Garam dan perasa secukup rasa
1 biji cili merah-dihiris serong
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam. Tumis sehingga ayam separuh masak.
  3. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan cendawan, kacang botor dan sedikit air(dalam ¼ cawan sahaja). Kacau goreng sehingga masak sepenuhnya.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau goreng seketika sebelum tutup api.
  5. Hidangkan ke dalam pinggan. Taburkan cili merah di atasnya.





Rabu, 7 Oktober 2009

Kacang buncis goreng hati pedal

Photobucket

Bahan-bahan:
Kacang buncis-dipotong dalam 5cm panjangnya
2 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
½ cawan hati dan pedal (ayam)-dipotong kecil
garam, gula dan perasa
Sedikit air
1biji cili merah-dipotong menyerong
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan hati dan pedal.
  2. Masukkan sedikit air supaya hati dan pedal lebih cepat empuk. Masak sehingga hati dan pedal empuk sepenuhnya.
  3. Kemudian barulah di masukkan kacang buncis. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Gaul seketika. Masukkan cili merah. Gaul lagi sehingga kacang buncis dan cili merah sedikit layu. Siap untuk dihidangkan.