Memaparkan catatan dengan label Masakan barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan barat. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Makaroni Bakar Berkeju


Makaroni Bakar Berkeju Dalam Sos Bechamel(Sos Putih)
(Baked Macaroni Cheese In Bechamel Sauce)
Bahan-bahannya:

1 cawan makaroni-rebus sehingga lembut dan toskan
1 labu bawang besar-dimayang separuh bulat
3 ulas bawang putih-dicincang kasar
1 sudu minyak sayuran
1 sudu mentega
2-3 sudu tepung gandum
1 kiub stok ayam
1 cawan keju parut-(mozarella/cheddar)(kalau suka banyak boleh tambah lagi)
1/2 cawan cendawan butang-dicincang /didadu
1-11/2 cawan air/susu segar
Serbuk lada hitam secukupnya.
Garam secukup rasa
3-4 batang sosej-dipotong nipis dan digoreng seketika
Chilli flakes

Cara membuatnya:

  • Panaskan oven 180C.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran dan mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Tuangkan air/susu segar dan masukkan stok ayam. Gaul sebati. Masukkan cendawan butang cincang.
  • Biarkan hingga mendidih. Masukkan sedikit (dalam1-2 sudu) keju parut ke dalamnya. Gaul lagi sehingga keju larut. Masaklah sampai pekat. Rasakan. Kalau tak masin masukkan garam secukupnya.
  • Kemudian bolehlah dimasukkan sosej yang digoreng dan makaroni tadi. Gaul sebati dan tutup api.
  • Ceduk makaroni tadi masuk ke dalam bekas remekin atau kaserol. Taburkan keju parut dan chilli flakes. Bakar selama 12-15 minit.



Rabu, 10 Ogos 2011

Makaroni Goreng



  • Makaroni(400g)-rebus bersama sedikit minyak dan garam. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang.
  • Daging cincang(200g)
  • Bawang besar cincang/dadu(1-2 labu)
  • Bawang putih cincang(5 ulas)
  • Cili giling(1 sudu)
  • Serbuk jintan manis(dalam 1 sudu teh)
  • Sos tomato(3 sudu)
  • Kicap(1 sudu)
  • Garam+gula(sesedap rasa)
  • Daun sup-potong halus
  • Cili merah-potong menyerong nipis-nipis
  • Minyak untuk menumis

Cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Masukkan daging cincang. Gaul rata. 
  • Masukkan cili giling dan serbuk jintan manis. Kacau sebati. Masukkan sedikit air rebusan makaroni tadi. Biarkan seketika.
  • Masukkan sos tomato, sedikit kicap, garam dan gula.  Kacau rata lagi. *Kalau kering masukkan sedikit lagi air rebusan makaroni tadi. 
  • Apabila semuanya cukup sebati dan daging sudah empuk, masukkan makaroni yang sudah siap direbus tadi.
  • Gaul sebati. Rasa. Masukkan apa yang kurang (garam+gula). Masukkan daun sup dan cili merah. Gaul seketika dan tutup api. Siap.

    Selasa, 21 Jun 2011

    Blueberry Pancake



    Bahan-bahan:

    1 biji telur
    2 sudu besar gula kaster
    1 sudu kecil soda bikarbonat
    10 sudu tepung naik sendiri
    sedikit esen vanila
    2 sudu besar susu sejat
    2 sudu besar susu pekat
    1½ cawan air suam
    1 sudu besar minyak sayur
    Blueberry filling
    Cara-cara:
    1. Pukul telur dan gula menggunakan pemukul telur sehingga kembang.
    2. Masukkan esen vanila dan susu (susu sejat dan susu pekat).
    3. Masukkan air suam. Kacau rata. kemudian masukkan tepung. Gaul rata.
    4. Masukkan minyak sayur. Pukul sehingga semuanya sebati.
    5. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit).
    6. Lengserkan sedikit minyak pada pan.
    7. Ceduk sesenduk bancuhan penkek dan tuangkan ke atas pan.
    8. Gunakan api paling perlahan. Tutupkan pan dengan tudung sehingga sebelah bahagian penkek masak.
    9. Terbalikkan penkek ke bahagian sebelah lagi. Tutupkan pan. Angkat. Ulang langkah di atas sehingga bancuhan habis.
    10. Letak di atas pinggan dan sudukan blueberry filling ke atasnya.

    Jumaat, 17 Jun 2011

    Voodoo Doughnuts


    Sumber rujukan: Man v. Food TLC(Travel & Living Channel)
    (Boleh juga gunakan resipi donat yang anda biasa gunakan).

    Bahan-bahan:
    2 cawan tepung berprotein tinggi
    2 sudu makan gula
    1 sudu makan yis segera
    1/2 sudu kecil garam
    1 biji telur
    75ml air suam
    1 sudu makan marjerin/mentega/minyak sayur/lemak sayur

    Bahan saduran dan hiasan:
    200g chocolate chips/coklat masakan
    2 sudu susu segar
    1 sudu mentega
    4 sudu gula aising
    1-2 sudu air masak

    Cara:
    1. Larutkan yis segera bersama gula dan air suam. Biar berbuih (lebih kurang dalam 15 minit).
    2. Satukan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam mangkuk pengadun.
    3. Selepas 15 minit, yis dah naik berbuih, masukkan telur. Kacau seketika. Tuangkan yis tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi sedikit-sedikit sambil digaul.
    4. Uli sampai semuanya sudah sebati. Tambahkan tepung kalau terlalu lembik, tambahkan air kalau terlalu kering. Masukkan marjerin. Gaul dan uli (dalam 10 minit) sampai doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
    5. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda asal.
    6. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi lebih kurang 3 minit.
    7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bentukkan menjadi 4 segi tepat setiap satu. Buatkan tangan dengan memotong belah tepi tetapi jangan sampai putus. Naikkan bahagian yang dipotong ke atas. 

    Potong bahagian yang ditandakan garis putus-putus.

    8. Perap sekali lagi lebih kurang 10 minit. Goreng dengan api perlahan sampai masak dan sejukkan.
    9. Panaskan air dalam periuk. Ambil satu mangkuk tahan panas dan masukkan chocolate chips/coklat masakan ke dalamnya. Letakkan mangkuk tadi ke dalam periuk. Biarkan hingga coklat cair. Masukkan susu segar. Gaul rata dan masukkan mentega. Keluarkan mangkuk tadi daripada periuk. Biarkan sedikit sejuk. 
    10. Celupkan donat-donat tadi ke dalam coklat. Ketepikan.
    11. Bancuh gula aising dan air masak (masukkan air sedikit-sedikit). Pastikan ia tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan ke atas donat.

    Jumaat, 25 Jun 2010

    Spageti Tuna Pedas

    Bahan-bahan:

    Spageti-rebus bersama sedikit garam dan sesudu minyak. Kemudian toskan airnya.

    1 labu bawang besar-potong dadu
    2 ulas bawang putih-cincang halus
    ½ cawan sos tomato
    5-6 biji cendawan butang-hiris nipis
    1 tin cili tuna cap Ayam
    Garam dan gula secukup rasa
    Sesenduk air rebusan spageti
    Minyak zaitun untuk menumis

    Cara-cara membuatnya:
    1. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dadu.
    2. Setelah bawang layu, masukkan sos tomato dan cili tuna. Kacau sebati. Masukkan air rebusan spageti tadi. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
    3. Masukkan cendawan butang, garam dan gula. Gaul sebati untuk beberapa minit. Siap.
    4. Isikan spageti ke dalam pinggan dan curahkan sos spageti ke atasnya.

    Rabu, 25 November 2009

    Mushroom Soup

    Photobucket



    Bahan-bahan:

    1 labu bawang besar-didadu
    3 ulas bawang putih-cincang halus
    2 batang seleri-potong pendek
    ½ cawan cendawan butang-didadu
    2 kiub stok ayam
    2 sudu tepung gandum
    sedikit gula
    2 cawan air
    Minyak untuk menumis

    Cara-cara:
    1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
    2. Masukkan air dan kiub stok ayam serta cendawan butang dan batang seleri. Kacau rata. Biarkan hingga mendidih.
    3. Masukkan sedikit gula.  Kacau rata.  Tutup api. Sejukkan.
    4. Setelah sejuk, kisar sehingga semuanya hancur. Panaskan sekali lagi di atas api perlahan. Siap.





    Jumaat, 13 November 2009

    Burger Daging

    Photobucket


    Bahan-bahan:

    300g daging cincang
    ½ labu bawang besar-cincang halus
    1 sudu teh serbuk lada hitam
    ½ sudu teh garam(atau secukup rasa)
    ½ biji telur

    Bahan-bahan lain:
    Bun burger
    Daun salad
    Tomato-dihiris nipis
    Timun-dihiris nipis
    Mayonis
    Sos cili dan sos tomato

    Cara-cara:
    1. Cincang daging sehalus-halusnya(atau masukkan ke dalam food processor) . Kemudian, campurkan sekali dengan bawang besar, garam, lada hitam dan telur. Gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati.
    2. Perap dalam peti sejuk selama 10 minit sebelum dimasak.
    3. Bulat-bulatkan mengikut besar mana yang anda mahu. Kemudian leperkan. Masak menggunakan non-stick pan. Gunakan hanya sedikit minyak. Goreng hingga masak sepenuhnya.
    4. Sediakan bahan-bahan lain. Hidangkan mengikut citarasa.