
Bahan-bahan:
½ cawan buah bidara(kurma cina kering-so called buah khecut di Trg)
½ cawan longan kering
½ cawan buah samak kering(figs)
2-3 biji buah kembang semangkuk-rendam hingga kembang
sedikit gula batu
1-2 helai daun pandan-simpulkan
Air secukupnya untuk merebus(lebih kurang 2 liter)
Cara-cara:
- Masukkan buah bidara ke dalam periuk bersama dengan air dan daun pandan. Rebus separuh lembut.
- Kemudian masukkan buah-buahan kering lain beserta buah kembang semangkuk dan juga gula batu.
- Rebuskan sehingga buah-buahan kering ini menjadi lembut.
- Rasakan. Sekiranya kurang manis, tambahkan sedikit gula pasir. Kacau sebati dan tutup api.
- Air bidara sedia untuk dinikmati sama ada panas atau sejuk.
*boleh juga masukkan halwa kundur, bijik selasih dan bijik teratai jika suka.

betul ke kurma cina kering tu sama dgn. buah bidara?
BalasPadamMenurut kata org2 tua kat tempat saya begitulah. Tp tak tau la pulak kalo bukan. :-)
BalasPadam