Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Khamis, 6 September 2012

Red Velvet Cake


Source: joyofbaking.com

Ingredients:
Red Velvet Cake:
2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:
1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature
1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)

How to:



Red Velvet Cake: 

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
  2. In a mixing bowl. Sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set asideIn bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl.Add the vanilla extract and beat until combined.
  3. In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
  4. In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 
  5. Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon.
  6. Bake in the preheated oven for approximately 25 -30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. 
  7. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)
Cream Cheese Frosting:
  1. In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth. 
  2. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to spread. 
  3. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Assemble: 
  • With a serrated knife, cut each cake layer in half, horizontally. You will now have four cake layers. 
  • Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. 
  • Spread the cake layer with a layer of frosting.  
  • Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.
Serves 10 - 12 people.

*tak nak potong kek kepada 4 layer pon boleh. Just spread the frosting on top of the cake. Then, crumbled some oreo biscuits and sprinkle it all over the cake.



Isnin, 18 Julai 2011

Kek Kukus Sarawak

Sumber: Pn Mahpuzah Salim


Bahan-bahan:

1½ cawan mentega
1¼ cawan gula kaster
2¼ cawan tepung gandum-ayak
6 biji telur
½ camca esen vanila atau esen pisang
1 sudu besar chocolate emulco
Pewarna

Cara-cara membuatnya:

  1. Jerangkan air dalam pengukus. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu. (Gaul sebati setiap kali memasukkan telur sebelum memasukkan telur yang lain). Pukul lagi hingga gebu.
  3. Masukkan esen vanila atau esen pisang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis sambil dikacau. Gaul sehingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 4 bahagian. Salah satu bahagian dimasukkan chocolate emulco. Gaul sebati. 3 bahagian yang lain bolehlah diletakkan pewarna yang disukai. Gaul hingga warna sebati.
  6. Lengserkan mentega di sekeliling loyang pembakar. Alaskan dengan kertas pembakar(baking paper).
  7. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang pembakar. Ratakan. Kukus selama 10 minit.
  8. Kemudian lapiskan pula dengan bahagian yang lain. Kukus lagi. Ulang langkah ini  hingga habis. Untuk lapisan terakhir(lapisan paling atas), kukuskan selama 30 minit. 
  9. Apabila telah masak, keluarkan kek. Biarkan selama 5 minit di dalam loyang pembakar sebelum mengeluarkan kek dari loyang pembakar. Biarkan sejuk di atas redai kek sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kek Pelangi



Bahan-bahan:

250g mentega/marjerin
190g gula halus
250g tepung naik sendiri
2 sudu susu pekat/krimer pekat
1 sudu ovelet
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan ovelet. Putar lagi. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan sebiji telur dan putar. Ikut langkah ini sehingga telur habis. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil diputar sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna yang disukai (contoh: hijau, merah, ungu).
  5. Sendukkan adunan ke dalam tin pembakar berselang warna sehingga habis. Bakar pada 180C selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Apabila telah masak, keluarkan kek dari oven. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit). Kemudian telangkupkan kek di atas redai dan biarkan hingga sejuk sepenuhnya. Potong dan hidangkan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Moist Chocolate Cake

Photobucket
Sumber: Wan Nihayah Wan Hussin

Bahan-bahan(diayak):
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan lain:
2 biji telur gred A
1½ cawan gula kaster
1 cawan susu segar
½ cawan susu/krimer pekat
½ cawan air panas dibancuh dengan 1 sudu teh kopi segera
1 sudu teh esen vanilla
1 3/4 cawan minyak jagung

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula kaster sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan susu segar dan susu pekat. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.
  5. Masukkan semua bahan kering yang telah diayak, sedikit demi sedikit. Kaup balik adunan menggunakan sudip kayu.
  6. Tuangkan bancuhan air panas dan kopi segera dan gaul sehingga semuanya sebati.
  7. Tuangkan ke dalam acuan kek cawan(cupcake) atau tin pembakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit(untuk cupcake), 30-40 minit (jika menggunakan tin pembakar) (atau sehingga masak). (Cucuk kek dengan menggunakan lidi atau cake tester untuk pastikan kek telah masak).
  8. Sejukkan sebelum dipotong.



Jumaat, 9 Oktober 2009

Kek Batik Marie

Photobucket


Bahan-bahan:
1 buku mentega
1 tin susu pekat(atau 3/4 cawan saja)
½ cawan coklat serbuk
3 cawan milo/vico
Sebungkus biskut marie(lebih kurang 350g)-patah 2
1 sudu kecik esen vanilla

Cara:
  1. Cairkan mentega. Masukkan susu pekat. Kacau sentiasa sehingga rata dan sebati. Gunakan api kecil. Masukkan coklat serbuk dan esen vanila. Kacau sebati.
  2. Masukkan milo sedikit-sedikit, sambil tu kacau sehingga pekat. Tutup api.
  3. Masukkan biskut marie. Gaul dengan pantas dan rata.
  4. Masukkan ke dalam loyang. Ratakan. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti ais.



Kek Coklat Kukus

Sumber: Chef Hanieliza



Photobucket


Bahan A:
220gm tepung gandum
1 sudu kecil sebuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat
50gm serbuk koko
180gm gula perang

Bahan B:
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:
200ml susu cair/susu segar
200ml minyak
200ml air panas

Cara:
  1. Gaul bahan A dalam mangkuk hingga rata.
  2. Pukul bahan B. Masukkan bahan A. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan C ke dalamnya. Kacau rata.
  4. Kukus dalam loyang 8"X8" (yang dilengserkan dengan mentega dan dilapikkan kertas).* Boleh juga guna loyang bulat.
  5. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
  6. Bila masak, buka tudung kukusan perlahan-lahan supaya air tidak menitik atas kek.
  7. Sejukkan. Hias dengan krim coklat.

Krim coklat Hanieliza

Bahan:
300gm coklat masakan
50gm fresh cream-boleh ganti susu kalo takde fresh cream

Cara:
  1. Panaskan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling.
  2. Bila cair tutup api.
  3. Tuangkan fresh cream. kacau sehingga sejuk.
  4. Bila sejuk, tuang atas kek.
*Boleh hiaskan atas kek dengan buttercream icing dan taburkan gula manik warna-warni jika suka sebagai hiasan.




Kek Buah Serimas

Photobucket


Sumber: Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan A:

150ml minyak Serimas
3 biji telur
45ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana
1 sudu besar jus oren

Bahan-bahan B:

220gm tepung gandum-ayak
2 sudu teh serbuk penaik-ayak
175gm gula perang
350gm mix fruit
1 sudu teh parutan kulit oren

Cara:
  1. Campurkan bahan-bahan A dalam satu mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan bahan-bahan ayak dan gaul bersama gula perang.
  3. Masukkan mix fruit dan parutan kulit oren.
  4. Masukkan bancuhan bahan-bahan A ke dalam bahan kering tadi (bahan B) perlahan-lahan. Gaul hingga sebati.
  5. Tuang dan ratakan ke dalam acuan pembakar dan bakar selama 50 minit hingga sejam dengan suhu 180C. (bergantung kepada oven korang, aku bakar 50 minit dengan suhu 170C je).
  6. Sejukkan sebelum dipotong.




Rabu, 7 Oktober 2009

Kek pisang






Bahan-bahan:

Beberapa biji pisang (3 biji sudah memadai jika pisang besar, 4 biji jika pisang kecil)
1 3/4 cawan tepung gandum-diayak 3 kali
1 sudu teh serbuk penaik-diayak 3 kali
½ sudu teh soda bikarbinat-diayak 3 kali
1 cawan mentega/marjerin
3/4 cawan gula kaster
2 biji telur gred A
1 penutup penuh esen vanila

Cara-cara:
  1. Lecek pisang hingga halus. Ketepikan.
  2. Pukulkan mentega/marjerin bersama gula sampai kembang dan warnanya bertukar keputih-putihan. Masukkan telur sebijik sebijik sambil dipukul dengan speed perlahan. Jgn masukkan telur sekaligus. Bila semua telur dah habis dimasukkan barulah pukul guna speed laju sampai sebati.
  3. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Guna speed perlahan. Kemudian guna sudip kayu untuk kaup balik adunan. Masukkan pisang lecek tadi bersama dengan 1 penutup penuh esen pisang. Gaul rata dan sebati. Tuangkan ke dalam bekas loaf roti atau boleh guna loyang bulat biasa.
  4. Bakar selama 40 minit(bergantung pd oven) dengan suhu 170C. cucuk dengan lidi secara menyerong(bukan tegak) di bahagian tengah kek untuk pastikan kek sudah masak. Kalau lidi keluar bersih, maknanya kek dah masak. Pastikan disejukkan dahulu baru dipotong. Kalau boleh potong guna serrated knife(pisau bergerigi) supaya potongan kek tu cantik.