Bahan-bahan:
250 ml air
100gm marjerin
125 gm tepung gandum
2 sudu gula
4 biji telur
Cara:
- Jerang air bersama gula hingga mendidih. Masukkan marjerin.Kacau hingga marjerin cair.
- Kecilkan api. Masukkan tepung. Gaul tepung hingga bergumpal, licin dan tidak melekat pada periuk. Tutup api. Biarkan suam.
- Pukul seketika tepung tadi dengan mixer. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kental.
- Terap dan bakar selama 30 minit dengan suhu 190C.
- Sejukkan sebelum dibelah tengahnya (jangan sampai putus)dan dimasukkan kastad.
Kastad
Bahan-bahan:
250 ml susu segar
100 gm gula
50 gm tepung kastad
2 biji kuning telur
esen vanilla
Cara-cara:
- Didihkan sebahagian susu dengan gula.
- Bancuhkan sebahagian lagi susu dengan tepung kastad, telur dan esen vanilla. Masukkan ke dalam susu yang telah dididihkan. Kecilkan api.
- Sentiasa kacau hingga pekat. Tutup api. Sejukkan.
marjerin tu bape kilo kak? takde dalam "bahan-bahan" pun?
BalasPadam