Jumaat, 9 Oktober 2009

Daging Goreng Sempoi

Photobucket

Bahan-bahan:
½ kg daging batang pinang
1-2 labu bawang besar-potong bulat
2 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa
minyak untuk menggoreng dan menumis
Cili merah-dihiris halus sebagai hiasan

Cara:
  1. Rebus daging hingga empuk. Bila sudah empuk, tutup api. Sejukkan seketika. Potong daging nipis-nipis. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar. Tumis hingga sebati dan masukkan garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan air asam jawa. Sebatikan dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga semuanya sebati. Siap.
  3. Hidangkan dan taburkan cili merah sebagai hiasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?