Sumber: Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan A:
150ml minyak Serimas
3 biji telur
45ml susu cair
1 sudu teh sirap kencana
1 sudu besar jus oren
Bahan-bahan B:
220gm tepung gandum-ayak
2 sudu teh serbuk penaik-ayak
175gm gula perang
350gm mix fruit
1 sudu teh parutan kulit oren
Cara:
- Campurkan bahan-bahan A dalam satu mangkuk. Kacau sehingga rata.
- Dalam mangkuk lain, masukkan bahan-bahan ayak dan gaul bersama gula perang.
- Masukkan mix fruit dan parutan kulit oren.
- Masukkan bancuhan bahan-bahan A ke dalam bahan kering tadi (bahan B) perlahan-lahan. Gaul hingga sebati.
- Tuang dan ratakan ke dalam acuan pembakar dan bakar selama 50 minit hingga sejam dengan suhu 180C. (bergantung kepada oven korang, aku bakar 50 minit dengan suhu 170C je).
- Sejukkan sebelum dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?