Bahan-bahan A:
230g tepung gandum berprotein tinggi
5 sudu besar gula
1 sudu besar yis kering(mauripan)
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar tepung naik sendiri(SRF)
1 sudu teh pelembut roti-optional
1 sudu teh pemantap roti-optional
¾ sudu teh garam
Bahan B:
1 biji telur
65ml-80ml air
Bahan C:
2 sudu besar marjerin atau minyak sayuran
Cara :
- Masukkan bahan-bahan A kecuali garam ke dalam satu bekas. Gaul kemudian baru masukkan garam.
- Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
- Masukkan marjerin atau minyak sayuran. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
- Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung . Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
- Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
- Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
- Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
- Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil satu, dan canai 4 segi tepat setebal 1cm, dan lebarnya lebih kurang 3 inci. Potong memanjang lebar setiap satu 1 inci.
- Ikut langkah yang sama kepada 2 bahagian lagi. Biarkan seketika(lebih kurang 10 minit) sebelum menggoreng.
- Tarik-tarikkan doh sebelum masukkan ke dalam kuali dan goreng menggunakan api perlahan supaya tidak mudah hangus dan bahagian dalamnya masak sepenuhnya.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?