Bahan-bahan:
2 cawan tepung berprotein tinggi
2 sudu makan gula
1 sudu makan yis segera
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil bread softener
1 biji telur
75ml air suam
1 sudu makan marjerin/mentega/minyak sayur/lemak sayur
Gula kaster - untuk ditabur lepas goreng
Cara:
1. Larutkan yis segera bersama gula dan air suam. Biar berbuih (lebih kurang dalam 15 minit).
2. Satukan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam mangkuk pengadun.
3. Selepas 15 minit, yis dah naik berbuih, masukkan telur. Kacau seketika. Tuangkan yis tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi sedikit-sedikit sambil digaul.
4. Uli sampai semuanya sudah sebati. Tambahkan tepung kalau terlalu lembik, tambahkan air kalau terlalu kering. Masukkan marjerin. Gaul dan uli (dalam 10 minit) sampai doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
5. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda asal.
6. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi lebih kurang 3 minit.
7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Setiap bahagian dibahagi 3. Pintalkan doh(buat tocang).
8. Perap sekali lagi lebih kurang 20 minit. Goreng dengan api perlahan sampai masak.
9. Salutkan gula kaster ke atas roti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?