Jumaat, 9 Oktober 2009

Pizza




Bahan-bahan untuk membuat roti pizza:

1½ cawan tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu yis
2 sudu gula
80ml air suam
1 biji telur
1 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil pizza seasoning

Cara:
  1. Larutkan gula ke dalam air suam. Masukkan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis membiak(berbuih).
  2. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Gaul rata.
  3. Masukkan telur ke dalam yis tadi. Gaul seketika. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering. Gaul rata. Masukkan marjerin. Uli sampai doh tidak melekat pada tepi mangkuk pengadun selama lebih kurang 10 minit.
  4. Perapkan selama lebih kurang sejam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
  5. Bila dah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekali lagi selama lebih kurang 3 minit. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan sehingga menghasilkan satu doh bulat nipis. Letakkan di atas pan pizza.

Bahan-bahan untuk membuat sos tomato:

2 biji buah tomato-cincang atau kisar
1 sudu cili kisar/cili boh
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar-cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan layu. Masukkan cili kisar.
  2. Masukkan buah tomato yang telah dicincang halus. Kacau rata. Masukkan garam dan gula. Apabila sudah agak pekat, matikan api. Sejukkan.

Bahan-bahan untuk 'topping':

Sosej-potong kecil
Keju mozarella
Cili benggala-potong kecil-optional

Cara:
  1. Ratakan sos tomato ke atas doh yang telah dileperkan tadi. Taburkan sosej yang telah dipotong kecil. Diikuti dengan cili benggala. Tabur keju.
  2. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit). Bakar dengan suhu 200C selama 20-25 minit.(bergantung kepada oven anda).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?