
Bahan-bahan:
300g daging cincang
½ labu bawang besar-cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh garam(atau secukup rasa)
½ biji telur
Bahan-bahan lain:
Bun burger
Daun salad
Tomato-dihiris nipis
Timun-dihiris nipis
Mayonis
Sos cili dan sos tomato
Cara-cara:
- Cincang daging sehalus-halusnya(atau masukkan ke dalam food processor) . Kemudian, campurkan sekali dengan bawang besar, garam, lada hitam dan telur. Gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati.
- Perap dalam peti sejuk selama 10 minit sebelum dimasak.
- Bulat-bulatkan mengikut besar mana yang anda mahu. Kemudian leperkan. Masak menggunakan non-stick pan. Gunakan hanya sedikit minyak. Goreng hingga masak sepenuhnya.
- Sediakan bahan-bahan lain. Hidangkan mengikut citarasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?