Jumaat, 26 Mac 2010

Nasi Goreng Ayam


Bahan-bahan untuk nasi goreng:

4 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang merah-mayang atau lumatkan
2 ulas bawang putih-mayang atau lumatkan
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap
1 sudu kecil cili giling
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
  2. Masukkan cili giling. Kacau rata. Masukkan sos tomato, kicap dan garam. Gaul rata sehingga semuanya sebati. Masukkan nasi. Gaul sehingga bahan tumisan sebati dengan nasi. Gaul lagi hingga sempurna masaknya.
Bahan-bahan untuk sup dan ayam goreng:
5 ketul ayam
2 cawan air
Garam secukupnya
1 inci halia-diketuk
2 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masak di atas dapur. Masukkan garam dan halia ke dalamnya. Rebus sehingga ayam separuh masak.
  2. Keluarkan ayam dan toskan. Ketepikan rebusan ayam tadi untuk dibuat sup.
  3. Salutkan ayam dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan lada hitam. Gaul rata. Goreng hingga masak.
Bahan-bahan untuk sos:
4 biji cili merah
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kecil gula(optional)
1 senduk air rebusan ayam tadi
1 ulas bawang putih-ketuk atau lumatkan
Cara-cara membuatnya:
  1. Potong kecil cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Masukkan sesenduk air rebusan ayam tadi. Kisar hingga lumat sepenuhnya.
  2. Tuangkan ke dalam satu periuk kecil. . Masukkan sos tomato, sos cili, gula dan bawang putih. Jerang di atas api sehingga mendidih. Tutup api.
Cara menghidang:
Sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan. Potong(chop) ayam kepada bahagian kecil. Letakkan di atas nasi. Curahkan sos ke atasnya. Masukkan sup ke dalam mangkuk kecil. Hidangkan bersama nasi goreng.

Nasi goreng ayam sedia untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?