Rabu, 4 Ogos 2010

Bubur Lambuk

Bahan-bahan:
Daun-daunan: Dipetik dari tangkainya dan dicuci bersih
Daun kaduk-**sedikit sahaja(anggaran 2,3 lai sahaja), banyak nanti mabuk.
Daun dukung anak
Daun kesum
Daun bayam peraksi
Pucuk paku midin
Daun kemangi
Pucuk ubi
Pucuk paku biasa
Pucuk manis

Bahan yang perlu dikisar bersama:

Halia
Bawang merah
Belacan
3-4 ekor ikan selayang/kembung-direbus, ambik isinya
Air rebusan ditapis dan dimasukkan sekali

Bahan lain:
Beras
Santan
Ubi keledek-dikupas kulit dan dipotong kecil
½ camca halba
Lada hitam
Serai-diketuk
Garam dan gula


Daun-daunan yang digunakan untuk membuat bubur lambuk.

Cara-cara membuatnya:
  1. Rebus beras dengan air biasa.  Masukkan serai.
  2. Setelah beras menjadi bubur, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ubi keledek bersama santan. Masukkan sekali lada hitam, garam dan gula. Kacau sentiasa.
  4. Setelah ubi keledek masak sepenuhnya, barulah dimasukkan daun-daunan tadi. Kacau sehingga daun-daunan layu. Masukkan halba. kacau seketika. Matikan api. Siap untuk dinikmati.
**Sukatan tidak diberikan sepenuhnya. Ia berdasarkan banyak mana yang anda ingin buat dan rasa yang anda inginkan.
**Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan, memadailah dengan memasukkan daun kesum dan pucuk paku.
**Anggaran daunan yang digunakan adalah lebih kurang secekak kecuali pucuk paku atau pucuk manis. Lebih banyak lagi sedap.

2 ulasan:

  1. ish byknyer daun kak eh..idah bese guna pucuk miding,kesum,kadok kalu ada,pahtu lain2 mkn jer reti..kui..kui

    BalasPadam
  2. idah,
    haritu beli mokcik tu wi serba sikit. sedap gok tpnya.hehehe...

    BalasPadam

Dah makan?