Sabtu, 7 Ogos 2010

Kek Pelangi



Bahan-bahan:

250g mentega/marjerin
190g gula halus
250g tepung naik sendiri
2 sudu susu pekat/krimer pekat
1 sudu ovelet
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan ovelet. Putar lagi. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan sebiji telur dan putar. Ikut langkah ini sehingga telur habis. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil diputar sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna yang disukai (contoh: hijau, merah, ungu).
  5. Sendukkan adunan ke dalam tin pembakar berselang warna sehingga habis. Bakar pada 180C selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Apabila telah masak, keluarkan kek dari oven. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit). Kemudian telangkupkan kek di atas redai dan biarkan hingga sejuk sepenuhnya. Potong dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. Sedapnye.. Ovelet tu ape ye? Hehe.. Nk try buat ni utk mak.. Mcm mane cara tuang dia sampai jd beralun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nor atiqah, ovelet tu kirenya stabilizer utk kek. Kalo kat kedai, cari kat rak bhn2 buat kek. Nak bg beralun, tuang sesenduk lps tu tuang sesenduk pewarna lain kat atasnya. Ulang sampai hbs adunan secara selang-seli.

      Trylah buat ya. :-)

      Padam

Dah makan?