Isnin, 18 Julai 2011

Kek Kukus Sarawak

Sumber: Pn Mahpuzah Salim


Bahan-bahan:

1½ cawan mentega
1¼ cawan gula kaster
2¼ cawan tepung gandum-ayak
6 biji telur
½ camca esen vanila atau esen pisang
1 sudu besar chocolate emulco
Pewarna

Cara-cara membuatnya:

  1. Jerangkan air dalam pengukus. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu. (Gaul sebati setiap kali memasukkan telur sebelum memasukkan telur yang lain). Pukul lagi hingga gebu.
  3. Masukkan esen vanila atau esen pisang.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis sambil dikacau. Gaul sehingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 4 bahagian. Salah satu bahagian dimasukkan chocolate emulco. Gaul sebati. 3 bahagian yang lain bolehlah diletakkan pewarna yang disukai. Gaul hingga warna sebati.
  6. Lengserkan mentega di sekeliling loyang pembakar. Alaskan dengan kertas pembakar(baking paper).
  7. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang pembakar. Ratakan. Kukus selama 10 minit.
  8. Kemudian lapiskan pula dengan bahagian yang lain. Kukus lagi. Ulang langkah ini  hingga habis. Untuk lapisan terakhir(lapisan paling atas), kukuskan selama 30 minit. 
  9. Apabila telah masak, keluarkan kek. Biarkan selama 5 minit di dalam loyang pembakar sebelum mengeluarkan kek dari loyang pembakar. Biarkan sejuk di atas redai kek sebelum dipotong untuk dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Siti, thanks for the resepi. kalau kaedah kukus ni boleh la akak cuba bila ada peluang. thanks again
    - kak Zana

    BalasPadam
  2. haha, kak zana cuba tau! respi asalnya jenis biasa je. tp saya ubah jd belang2. kek ni senang sgt buatnya.

    BalasPadam

Dah makan?