Jumaat, 8 Julai 2011

Murtabak Mini


Bahan-bahan inti:

600 g daging lembu- didadu kecil/dicincang
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar rempah kurma
1 batang cili merah
2 sudu sos tomato
3 susu susu cair/susu segar
Sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan lada hitam, cili boh, rempah kurma dan cili merah hingga lumat. Perapkan daging bersama rempah yang dikisar tadi dan kulit kayu manis, cengkih dan pelaga. Perap lebih kurang sejam.
  2. Selepas sejam, panaskan kuali. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga rata. Tutupkan kuali.
  3. Kemudian, masukkan air, sos tomato, susu, garam dan gula. Gaul seketika. Biarkan hingga air kering  dan daging masak sepenuhnya.
  4. Tutup api. Sejukkan.

Bahan untuk kulit murtabak:
Kulit popia  saiz kecil
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat.

Bahan lain:
5 labu bawang besar-dipotong dadu kecil
Telur secukupnya(5-6 biji mengikut keperluan)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
  1. Ambil sebahagian inti tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sebahagian bawang dadu dan pecahkan telur ke dalamnya. Pukul sekadar sebati.
  2. Bentangkan kulit popia di atas landas pencincang atau talam, Masukkan sedikit bancuhan inti tadi. Bungkus seperti lipatan parcel/sampul surat dan kemudian letakkan pelekat gam tadi. 
  3. Buatlah sehingga selesai. Ulang langkah ini kepada sebahagian lagi baki inti. 
  4. Untuk menggoreng, lengserkan sedikit minyak pada permukaan kuali rata(pan). Goreng dengan api perlahan sehingga kedua-dua belahnya sedikit garing.
  5. Hidangkan dengan kuah kari atau kurma.
*Sekiranya berniat untuk mem'frozen'kannya, tidak perlu masak terlalu garing. Kemudian sejukkan dan simpankan dalam bekas plastik. Tetapi pastikan setiap lapisan diletakkan sekeping plastik untuk mengelakkan ia dr melekat antara satu sama lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?