
Bahan-bahan:
1 genggam beras-dicuci bersih
3 cawan air
1 sudu teh garam
½ cawan isi ayam-dihiris nipis atau boleh juga didadukan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos tiram
2 sudu teh kicap pekat
Bahan hiasan:
Daun sup
Cara-cara:
- Masukkan beras, air dan garam dalam satu periuk. Masak hingga menjadi bubur mengikut konsistensi yang anda mahu.
- Apabila bubur telah masak, ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam.
- Tumiskan sehingga isi ayam empuk sepenuhnya.
- Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau gaul hingga rata. Tutup api.
- Sendukkan bubur ke dalam pinggan dan hidangkan bersama isi ayam yang dimasak tadi. Hiaskan dengan daun sup jika suka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?