Bahan untuk agar-agar:
25 gram agar-agar jalur
1250 ml air
150 ml susu cair
2 senduk gula atau secukupnya
1 sudu teh esen vanila
Warna kesukaan
Cara membuatnya:
- Rebus agar-agar bersama dengan air hingga larut. Masukkan gula. Kacau hingga gula larut.
- Masukkan susu cair. Kacau. Masukkan pewarna. Kacaukan sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan esen vanila dan gaul hingga sebati.
- Tuangkan larutan agar-agar ke dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan hingga agar-agar keras sepenuhnya.
Bahan-bahan untuk kuah kastad:
Baki susu cair dalam tin tadi
2 cawan air
2 sudu tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
1 hingga 1½ senduk gula (mengikut kesukaan)
Cara membuatnya:
- Bancuhkan 3 sudu susu cair dan tepung kastad. Pastikan larut sepenuhnya dan tidak bergentel.
- Masukkan susu cair yang selebihnya bersama air ke dalam periuk.
- Masukkan gula dan kacau hingga larut. Masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastad tadi. (Kalau boleh tapiskan untuk mengelakkan tepung bergentel). Kacau sentiasa sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan esen vanilla. Sejukkan. Hidangkan agar-agar bersama kuah kastad ini dan taburkan koktel buah-buahan. (Agar-agar berkuah kastad ini lebih enak dihidangkan sejuk).
Bahan-bahan lain:
Koktel buah-buahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?