Sabtu, 3 November 2012

Gulai Ayam Terengganu Style



Gulai Ayam Terengganu Style

Bahan-bahan(dikisar):

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 sudu rempah gulai cap Ros*
1 sudu teh rempah masak cap Ros*
*kalau takde rempah-rempah ni, bolehlah tukarkan kepada rempah kurma

Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam-dipotong, dicuci dan ditoskan
4 sekawan-1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia-dimayang halus/diketuk
1 sudu cili giling
1 sudu susu pekat
2 sudu sos tomato
2 sudu gula merah
2 cawan air
2 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan halia yang dimayang bersama 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili giling. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam. Kacau sebati. Perlahankan api dan tutup periuk untuk 2 minit. 
  • Kemudian masukkan air, susu pekat, sos tomato, gula merah, garam dan kentang. Biar hingga ayam dan kentang masak dengan sempurna. Kacau sekali-sekala. 
  • Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
















Khamis, 1 November 2012

Masak Lemak Bersama Taugeh, Fucuk dan Suun



Masak Lemak Taugeh, Fucuk dan Suun

Bahan-bahannya:
1 cawan taugeh-dicuci dan ditoskan
3,4 keping fucuk-dipotong kecil, direndam hingga lembut
1 genggam suun-direndam hingga lembut
1 1/2 cawan santan cair
1/4 cawan santan pekat
1 labu bawang besar-dipotong baji
1/2 cawan ikan bilis-ditumbuk halus
1 sudu teh lada serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
Cili merah-untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Satukan santan cair, bawang besar dan ikan bilis tumbuk ke dalam periuk. Panaskan.
  2. Apabila santan hampir mendidih, masukkan fucuk dan suun. 
  3. Apabila fucuk dan suun lembut sepenuhnya, masukkan taugeh, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau rata.
  4. Masukkan santan pekat bersama cili merah. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api. Siap.

Isnin, 22 Oktober 2012

Jemput-jemput Udang Makcik Mary


Jemput-jemput Udang Makcik Mary

Bahan-bahan:

1 biji telur
1 labu bawang besar-mayang halus/dadu
1/2 cawan udang-dicincang kasar
1/2 cawan lobak merah-parut
1/2 cawan daun bawang-dimayang halus
1 batang cili merah-dicincang halus
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung
1 sudu minyak masak


Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:


  • Satukan semua bahan. Biarkan selama 5-10 minit. *Nota: Tambahkan tepung kalau dirasakan terlebih cair.


  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga masak keemasan dengan menggunakan api sederhana. Toskan minyak.
  • Hidangkan bersama sos cili.