Sabtu, 10 Oktober 2009

Chicken chop

Photobucket


Bahan-bahan untuk black pepper sauce(untuk 7 orang makan):
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 cawan daging cincang
2 ulas bawang putih-ketuk atau cincang
3 batang saleri-potong kecik
1 batang lobak merah-potong dadu
1 tin besar tomato puree
2-3 sudu serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
1 sudu teh tepung jagung

Cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan daging, batang saleri dan lobak merah. Tumis lagi sampai semuanya empuk.
  2. Masukkan tomato puree dan sedikit air(dalam 1/4 cawan). Kacau rata. Biar sampai semunya sebati. Tutup api.
  3. Tapiskan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kemudian masukkan kuahnya ke dalam sauce pot dan masak atas api sekali lagi.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau rata sampai semuanya sebati.
  5. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam sos lada hitam tadi untuk memekatkan sosnya. Kacau dalam 1-2 minit. Tutup api. Ketepikan.
* Bahan yang telah ditapis tadi boleh disimpan dan dimakan dengan spageti atau dijadikan base pada pizza.


Bahan-bahan untuk ayam:
Peha ayam-sukati korang nak buat banyak mana
telur
serbuk roti(panko)
garam
lada sulah/lada hitam
sedikit yogurt asli

Cara-cara:
  1. Peha ayam dibuang tulangnya dan menghasilkan boneless drumstick. 
  2. Bentangkan fillet ayam (jadi macam bentuk rama-rama). Ketuk-ketukkan ayam supaya isinya rata. Perapkan dengan garam, lada sulah/lada hitam dan yogurt selama 1/2 jam.
  3. Celupkan fillet ayam tadi ke dalam telur, kemudian bedakkan dengan panko. Goreng hingga masak dan garing. Pastikan api dikawal dengan baik untuk mengelakkan ayam menjadi hangus.

Hiasan:(optional)
Kentang goreng
Coleslaw
Daun salad

*Kentang goreng, sekiranya hendak buat sendiri,

  1. Kupas kulitnya dan rebus sehingga separuh masak(dalam kondisi keras tak keras, lembik tak lembik). Angkat dan sejukkan.
  2. Potong kentang secara menegak dengan menggunakan pisau geligis(selalu diguna untuk potong agar-agar atau puding) untuk menghasilkan bahagian tepi berlekuk (crinkle).
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Toskan dan siap untuk dihidangkan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?