Jumaat, 9 Oktober 2009

Penang Laksa(@Laksa Penang)

Photobucket


Bahan untuk membuat kuah laksa:
6-7 ekor ikan sardin/kembung/selar-buang isi perut, cuci, rebus dan tumbuk lumat
1 labu bawang besar- mayang separuh bulat
3 kuntum bunga kantan-mayang
1 ikat daun kesum
1 batang cili merah- mayang
Cili giling- sukati nak letak banyak mana, ikut kepedasan yang korang suka
3-4 keping asam gelugur(asam keping)
Air
Garam, gula

Bahan lain:
Laksa basah
Timun
Telur rebus
Daun salad
Cili merah/ cili padi
Limau kasturi



Photobucket


Cara-cara:
  1. Masukkan air dan air rebusan ikan(sila tapis) ke dalam periuk bersama bawang, bunga kantan, asam keping, cili merah, cili giling dan daun kesum. Rebus sampai mendidih.
  2. Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk lumat ke dalam periuk sambil dikacau. Biar mendidih sekali lagi. Tutup api.
  3. Sediakan laksa di dalam mangkuk, tuangkan kuah laksa. Hiaskan dengan bahan-bahan lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?