Bahan-bahan:
60gram tepung beras
60gram tepung gandum
1 sudu tepung ubi
1 camca teh air kapur
150ml santan pekat
350ml air
100gram gula(boleh tambah lagi kalau korang suke manis)
2 helai daun pandan-disimpul
sedikit esen ros-optional
secubit garam
Cara:
1. Satukan air, gula dan daun pandan dalam satu periuk. Panaskan atas api hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.
2. Satukan semua tepung ke dalam satu mangkuk.
3. Bila air gula dah sejuk masukkan santan ke dalamnya. Masukkan garam. Tuangkan sedikit-sedikit ke dalam mangkuk berisi tepung sambil dikacau supaya tidak bergentel. Masukkan air kapur dan esen ros. Kacau sebati.
4. Tapiskan bancuhan tadi. Biarkan bancuhan tadi dalam 10 minit sebelum digunakan. Bolehlah rebus air untuk mengukus.
5. Bahagikan bancuhan tadi kepada 2 bahagian. Satu letak warna, satu lagi biarkan tanpa pewarna.
Kacaukan bancuhan berwarna seketika sebelum menuangnya ke dalam loyang. Untuk lapisan pertama dan terakhir tebalkan sedikit. Kukus dalam 5 minit.
6. Kemudian kukuskan bancuhan tanpa pewarna selama 3 minit. Selang dengan yg berwarna lagi 3 minit. Ulang sampai habis. Lapisan yang terakhir, kukus dalam 7 minit. kemudian tutup api. Sejukkan.
*Kalau taknak bagi bahagian atas kuih lapis berlopak-lopak, bungkuskan tudung pengukus dengan tuala dapur atau kain untuk mngelakan wap jatuh ke atas permukaan kuih.
*Nak bagi sejuk cepat, korang keluarkan loyang. Isi dalam besen berisi air paip.
*Pastikan kuih sejuk betul supaya bila potong, dia keluar cantik je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?