Bahan-bahan A:
240g tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu gula
1 sudu yis kering(mauripan)
1 sudu susu tepung(boleh songlap susu anak)
1 sudu teh pelembut roti-optional
1 sudu teh pemantap roti-optional
¾ sudu teh garam
Bahan B:
1 biji telur
65ml air sejuk (dalam peti sejuk)
Bahan C:
1 sudu marjerin atau mentega atau minyak sayur atau lemak sayur
240g tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu gula
1 sudu yis kering(mauripan)
1 sudu susu tepung(boleh songlap susu anak)
1 sudu teh pelembut roti-optional
1 sudu teh pemantap roti-optional
¾ sudu teh garam
Bahan B:
1 biji telur
65ml air sejuk (dalam peti sejuk)
Bahan C:
1 sudu marjerin atau mentega atau minyak sayur atau lemak sayur
Cara :
- Masukkan 220g tepung(yang 20g lagi masuk kemudian) bersama bahan-bahan A yang lain. Gaul kemudian baru masukkan garam.
- Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
- Masukkan marjerin. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
- Jika masih melekat, masukkan 20g lebihan tepung tadi sedikit-sedikit. Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
- Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
- Perap roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
- Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
- Bulat-bulatkankan doh sebesar bola pingpong. Susun di atas dulang pembakar. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap. Biar 15 minit (naik 2 kali ganda) untuk naik kali kedua. Sementara itu boleh panaskan ketuhar atau oven. Suhu 185ºC.
- Masukkan roti ke dalam ketuhar. Masak selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dari ketuhar. Periksa sama ada roti masak atau tidak dengan ketuk(jentik) bahagian bawah roti. Kalau bunyi macam kosong maknanya dah masak. Sejukkan dulu sebelum potong.
*Kalo nak bagi kulit berkilat-sapu atas roti dengan bancuhan susu+telur+sedikit gula halus sebelum bakar.
*Kalo nak bagi kulit rangup-sapu roti dengan bancuhan air+garam sebelum bakar.
*Kalo nak bagi kulit lembut-sapu roti dengan mentega cair atau susu segar+telur selepas bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?