Isnin, 19 Oktober 2009

Nasi Ayam

Photobucket

Photobucket

Bahan-bahan untuk sup dan nasi:
1 ekor ayam-cuci dan toskan.
2½ cawan beras-cuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi
10 ulas bawang merah-mayang
6 ulas bawang putih-ketuk
2 potong halia sebesar ibu jari kaki-diketuk
1 bungkus sup bunjut
Air secukupnya
Garam dan perasa
Daun sup dan daun bawang-optional
Bawang goreng-optional

Cara-cara:
  1. Masukkan ayam, separuh daripada bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam periuk. Masukkan air(sehingga ayam tenggelam), garam dan perasa. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
  2. Apabila ayam sudah masak, keluarkan ayam dan toskan.
  3. Ambil sebahagian sup tadi (terutama bahagian atas yang berminyak). Masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi beras tadi. Masukkan separuh lagi bawang merah, bawang putih dan halia tadi ke dalamnya. Masukkan juga sedikit garam. Tanak sehingga masak.
  4. Tambahkan air, garam dan perasa jika perlu ke dalam sup (jika kuah sup tinggal sedikit) dan masukkan sup bunjut. Masak sehingga mendidih. Masukkan daun sup , daun bawang dan bawang goreng.Tutup api.
Bahan-bahan untuk ayam(digoreng):
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Tumbuk hingga lumat dan sebatikan semua bahan.
  2. Lumurkan pada ayam. Perap seketika sebelum digoreng.
  3. Gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Tidak menggunakan masa yang lama untuk menggoreng, cukup sekadar untuk menggaringkan bahagian luar ayam.
  4. Potong kepada bahagian yang kecil apabila hendak disajikan.
Bahan-bahan untuk kuah kicap:
Seulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
Kicap pekat
Sedikit kuah sup

Cara-cara:
  1. Lumatkan bawang putih dan lada hitam.
  2. Masukkan kicap pekat dan sedikit kuah sup. (Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).
Bahan-bahan untuk sos:
4 batang cili merah-kisar hingga lumat bersama seulas bawang putih
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara-cara:
  1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dalam periuk sos (sauce pan) bersama sos cili, sos tomato, garam, gula dan perasa.
  2. Masakkan di atas api perlahan sehingga mendidih.

Hiasan:optional
Daun salad
Tomato
Timun
Bawang goreng-ditabur di atas nasi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah makan?