Sumber: TryMasak
Bahan-bahan:
6 cawan nasi
1 ketul dada ayam - didadu kecil
1/2 biji bawang besar - dihiris kecil
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang - dipotong kasar
2 sudu besar kicap manis
5 biji cili merah - dicincang kasar
sedikit daun ketumbar - dicincang kasar2 cawan sayur campur
5 biji telur - dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
Minyak untuk menumis
Cara:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili merah dan goreng hingga sedikit layu.
- Masukkan isi ayam dan gaul sebati. Taburkan garam secukup rasa, gaul rata supaya sebati semuanya.
- Masukkan nasi, dan gaul rata.
- Masukkan kicap manis, minyak bijan, daun ketumbar dan sayur campur.
- Selepas itu, masukkan telur, diikuti dengan daun bawang. Gaul hingga nasi sebati dan bersalut rata dengan telur.
Hidang bersama telur mata dan kicap cili potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah makan?