Jumaat, 9 Oktober 2009

Nasi Dagang

Photobucket

Bahan-bahan:
3 cawan beras biasa
¼ cawan beras pulut
1½ cawan santan cair
3/4 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah-dimayang halus
½ inci halia-dihiris kecil seperti mancis
sedikit halba
½ sudu  gula
Garam


Cara:
  1. Basuh beras. Rendam kedua-dua beras semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Selepas semalaman, sediakan periuk pengukus. Rebus air hingga mendidih.
  3. Buang air rendaman beras, basuh dan masukkan ke dalam periuk pengukus yang dialas dengan daun pisang(kalau takde daun pisang, boleh guna kain jarang yang bersih). Tak perlu ditos beras tu. Kukus sampai separuh masak, lebih kurang 20 minit.
  4. Bila sudah separuh masak, keluarkan nasi dan masukkan ke dalam besen yang sudah diisi dengan santan cair. Arong(istilah bagi gaul nasi tadi dengan santan) hingga sebati.
  5. Masukkan kembali nasi separuh masak tadi ke dalam pengukus dan kukus sampai masak.
  6. Adun santan pekat bersama garam dan gula.
  7. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan pekat sampai sebati dan mesra. Taburkan bawang merah, halia dan halba. Gaul rata. Padat-padatkan dengan menggunakan *daun pisang. Tutup nasi dengan daun pisang seketika. Kemudian, boleh dihidangkan.
* Kegunaan daun pisang adalah untuk menghasilkan efek berkilat pada nasik dagang.

    Gulai nasi dagang(untuk 4 orang makan)

    Bahan untuk direbus bersama(mati air):
    Beberapa keping ikan tongkol
    2-3 keping asam gelugur aka asam keping
    Air
    Sedikit garam

    Bahan yang dimayang halus/dilumatkan:
    1 sudu rempah gulai nasi dagang
    10 ulas bawang merah
    1 inci halia
    2 hiris lengkuas

    Bahan lain:
    Santan cair-lebih kurang dalam 1 cawan
    Santan pekat-lebih kurang ½ cawan
    Air rebusan ikan tongkol
    Garam, gula, secukup rasa
    1 keping asam gelugor
    4-5 bijik cili padi,
    1-2 bijik belimbing buluh
    ½ sudu teh halba
    Cili giling

    Cara:
    1. Bersihkan ikan dan rebus(kat ganu called this process as mati air) sampai ikan masak. Tutup api. Keluarkan ikan dan sejukkan.
    2. Didihkan pati santan(santan pekat) di dalam periuk sehingga pecah minyak. Kacau selalu.
    3. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi bersama asam gelugor dan santan cair. Gaul rata. Masukkan air rebusan ikan tadi. Masak hingga mendidih.
    4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. 
    5. Masak sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
    6. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling hingga naik minyak. Tutup api, tuangkan cili giling tumis (sekali dengan minyak) tadi ke dalam periuk berisi gulai nasi dagang tadi. Kacau rata. Masukkan cili padi(tak perlu ketuk, biar sebijik gitu)dan ikan yang telah siap direbus tadi. Biarkan gulai mendidih, masukkan halba. Kacau seketika, tutup api. Siap.

    Bahan sampingan:
    Acar timun






    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Dah makan?